Ar Rahnu YaPEIM Anjur Kempen Cabutan Kesetiaan Ar Rahnu YaPEIM

KUALA LUMPUR – Ar Rahnu YaPEIM berbesar hati menganjurkan Cabutan Kesetiaan Ar Rahnu YaPEIM kepada para pelanggan Ar Rahnu YaPEIM yang setia dan kekal memilih Ar Rahnu YaPEIM.

Kempen ini merupakan penghargaan oleh Ar Rahnu YaPEIM kepada para pelanggan yang setia serta bakal pelanggan Ar Rahnu YaPEIM. Cabutan Kesetiaan ini juga adalah pendekatan mempromosi Ar Rahnu YaPEIM dan memperkenalkan produk-produk pelengkap yang ditawarkan di cawangan-cawangan Ar Rahnu YaPEIM.

Kempen yang bermula pada 01 Julai 2020 hingga 31 Disember 2020 menawarkan hadiah lumayan berupa bar emas 576 keping yang bernilai RM200,000.00 bakal menanti para pelanggan bertuah Ar Rahnu YaPEIM.

Semua pelanggan setia dan bakal pelanggan Ar Rahnu YaPEIM layak menyertai kempen dengan hanya membuat transaksi seperti berikut:

1) Transaksi Gadaian dengan nilai Marhun RM1,000.00 dan ke atas
2) Transaksi jualan/belian barang kemas dengan nilai RM1,000.00 dan ke atas
3) Transaksi Tabung Ibadah Qurban YaPEIM
4) Transaksi Etiqa Takaful
5) Belian Produk YaPEIM Gold
6) Pendaftaran Ahli Privilege YaPEIM

Teruskan kesetiaan anda bersama Ar Rahnu YaPEIM dan nikmati pelbagai manfaat dan ganjaran istimewa yang ditawarkan.

Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi Hotline 1300-88-1230 atau layari laman sesawang di www.arrahnuyapeim.net atau kunjungi Cawangan Ar Rahnu YaPEIM yang berdekatan anda.