Iklan Jawatan Kosong Ketua Pegawai Kewangan (CFO)

Kami ingin mempelawa permohonan daripada warganegara Malaysia tidak kurang daripada umur 40 tahun yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan secara kontrak (person to holder) sebagaimana yang berikut:

MAKLUMAT JAWATAN

Nama Perjawatan : Ketua Pegawai Kewangan
Jawatan : Pengarah Kanan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Tertinggi
Gaji : Min RM18,000.00
Status Tawaran : Kontrak 2 tahun

DESKRIPSI TUGAS

  1. Memantau kedudukan kewangan dan menguruskan kelestarian aliran tunai syarikat;
  2. Merancang kewangan dan menganalisis kekuatan dan kelemahan kewangan syarikat dan anak – anak syarikat syarikat;
  3. Memastikan syarikat dapat memaksimumkan hasil dan mengawal perbelanjaan dengan berkesan;
  4. Membantu Pengurusan Utama (Management) membuat keputusan yang baik dengan berdasarkan analisa data – data kewangan – sama ada yang lampau, terkini atau masa hadapan (unjuran);
  5. Bertanggungjawab memastikan syarikat berupaya untuk membayar tanggungan dan liabiliti jangka pendeknya pada masa yang ditetapkan;
  6. Bertanggungjawab untuk memberi tumpuan strategik dalam memastikan pulangan pelaburan (ROI) yang kukuh untuk syarikat
  7. Bertanggungjawab ke atas pemodelan kewangan berdasarkan bukan sahaja pada prestasi trend syarikat serta faktor dalaman dan luaran yang mungkin menjejaskan hasil dan perbelanjaan syarikat.
  8. Bertanggungjawab untuk menyediakan dan membentang Laporan kewangan termasuk kunci kira-kira dan P&L serta penyata aliran tunai kepada pihak atasan termasuk Ahli Lembaga Pengarah YaPEIM dari semasa ke semasa.
  9. Bertanggungjawab menjaga, menguruskan dan menjalankan operasi perakaunan dan kewangan harian di Divisyen Kewangan;
  10. Bertanggungjawab ke atas kecairan, hutang dan aset syarikat termasuk sebarang pelaburan yang mungkin dimiliki oleh syarikat, sama ada aset fizikal, seperti bangunan dan peralatan, atau pelaburan kewangan
  11. Bertanggungjawab merancang strategi dan ramalan melibatkan penggunaan data dan laporan yang tersedia, sama ada dalaman atau luaran, untuk memberi nasihat kepada syarikat tentang bidang termasuk pembangunan produk, pengembangan pasaran, pengurusan modal insan, M&A dan pelaburan modal;
  12. Bertanggungjawab menambahbaik proses kerja sedia ada dengan proses yang lebih kos efektif dan berkesan
  13. Melatih Bahagian Kewangan dan staf yang lain tentang pengurusan kewangan;


SYARAT KELAYAKAN

Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

  1. Mempunyai kewarganegaraan Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 40 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Minimum Ijazah Sarjana Muda Kewangan/ Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  4. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kelayakan Profesional seperti ACCA, CPA, ICAEW ACA
  5. Ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA).
  6. Lulus Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  7. Berpengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang berkaitan dan pengalaman minima 5 tahun yang terakhir dalam tahap Pengurusan dalam bidang yang sama.
  8. Pengalaman dalam menguruskan/ terlibat dalam Pelan Perubahan Transformasi adalah kelebihan bagi calon.
  9. Mempunyai kebolehan interpersonal, kepemimpinan, komunikasi dan kemahiran IT yang tinggi.

CARA MEMOHON:

Pemohon yang berminat dan memenuhi kelayakan seperti di atas, bolehlah menghantar permohonan selewat – lewatnya pada 15 November 2022 seperti yang berikut:

  1. Resume/ Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi maklumat peribadi (termasuk alamat emel), tahap pendidikan (sertakan dokumen sokongan sebagai lampiran), pengalaman kerja dan pencapai dalam bidang berkaitan seta sekeping gambar berukuran passport.
  2. Maklumat penuh permohonan hendaklah dihantar atau diterima selewat-lewatnya pada 9 MEI 2024 (Jumaat) ke alamat seperti berikut:

    YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YaPEIM)
    No. 46E-1, MENTARI BUSINESS PARK
    JALAN PJS 8/2, DATARAN MENTARI
    46150 PETALING JAYA
    SELANGOR DARUL EHSAN

  3. Atau melalui emel ke psy@yapeim.my

    Nota:
    i. Hanya calon yang memenuhi kelayakan sahaja akan dihubungi
    ii. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan dibuat, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Versi PDF -> Klik sini