PROGRAM ROAD 2 GROWTH 2022 (R2G 2022) merupakan kerjasama strategik antara YaPEIM dan MTDC.

Program yang berlangsung pada hari ini di Hilton Hotel, Kuching, Sarawak ini melibatkan 12 usahawan YaPEIM yang merupakan Pelanggan Ar Rahnu Bisnes atau Biznita.

Program ini juga merupakan siri jelajah kedua selepas Sabah dan bakal dilaksanakan ke seluruh negara. Antara objektif program adalah :

a) Memberi penerangan dan memperkenalkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh penyedia solusi Industri 4.0.

b) Memberi khidmat nasihat perniagaan (business advisory)

c) Menjadi platform terbaik bagi tujuan mencari peluang-peluang perniagaan dan kerjasama baru dengan pihak industri yang memberikan bimbingan dalam mengadaptasikan teknologi terutama berkaitan industri 4.0 dalam perniagaan mereka

d) Peningkatan pengetahuan berkaitan keusahawanan, pengurusan dan mengkomersialkan inovasi

e) Memberi gambaran setiap elemen yang berkaitan perniagaan bermula dengan pelanggan, rakan kongsi, pasaran, jualan sehingga kos pengeluaran.

Bagi usahawan yang berminat, boleh hubungi melalui emel usahawan@yapeim.my