YaPEIM Edar 200 Foodbank kepada khariah Masjid Jamek Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 27 Ogos 2021 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hari ini mengedarkan sumbangan berupa barangan keperluan asas bernilai RM10,000 kepada 200 penerima sekitar khariah Masjid Sultan Abdul Samad, di sini, hari ini.

Penerima terdiri daripada golongan asnaf, keluarga B40 dan golongan yang terkesan akibat pandemik sudah dikenalpasti oleh pihak masjid dan akan menerima sumbangan ini dalam kadar segera.

Dalam masa sama, YaPEIM turut menyerahkan sumbangan berjumlah RM10,000 ke Tabung Pengimarahan dan Pembangunan Masjid.

Majlis serba ringkas ini disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI), Datuk Haji Mohd Ajib Ismail; Ketua Pengarah YaPEIM, En Mohd Ridzal Mohd Sheriff dan Pengerusi Masjid Jamek, Kuala Lumpur En Fadzil Abu Kassim.