Dua keluarga terjejas kebakaran rumah terima bantuan YaPEIM

Kota Tinggi, 26 November – Dua keluarga yang terjejas akibat kebakaran rumah pada 28 Julai lalu menerima bantuan YaPEIM Prihatin bernilai RM1500 setiap keluarga yang disampaikan di Taman Kota, di sini, hari ini.

Norlila Abdullah, 54, dan Muhammad Anuar Said, 23, masing-masing terjejas akibat kebakaran rumah mereka di Jalan Rusa, Taman Kota, di sini Julai lalu.

Mereka turut menerima sumbangan Foodbank YaPEIM 2.0 bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga mereka.

Turut hadir, Pengurus Negeri Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Johor bersama-sama menyampaikan sumbangan.

Terima Kasih Penyumbang Tabung Amanah YaPEIM.