Aidilfitri MADANI YAPEIM Di Sarawak Disambut Meriah, Salur Sumbangan RM46,500

26 April 2025 – YAPEIM telah mengadakan Sambutan Aidilfitri MADANI YAPEIM Peringkat Negeri Sarawak di SMK Agama Matang 2 dengan suasana meriah dan ceria. Program kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Adun N4 Pantai Damai YBhg. Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi. Beliau yang hadir […]
Impian Memiliki Kediaman Selesa Termakbul

26 April 2025 – Pembantu cafe di Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak menyangka impian untuk memiliki sebuah kediaman yang selesa akhirnya termakbul menerusi inisiatif Program Sinar Lestari YAPEIM. Puan Mashitoh binti Khasim, 41, berkata beliau tidak menyangka terpilih sebagai penerima manfaat program itu dan menzahirkan rasa syukur atas keprihatinan YAPEIM yang membina sebuah rumah yang […]
Aidilfitri MADANI YAPEIM Sumbang RM91,000 di UiTM Machang, Kelantan dan KPTM Kuantan, Pahang

24 April 2025 – YAPEIM menyalurkan sumbangan berjumlah RM91,000 bagi menyantuni mereka yang memerlukan di dua lokasi iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang di Kelantan dan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan di Pahang. Sejumlah RM45,500 masing-masing disumbangkan di dua lokasi tersebut. Di UiTM Machang, bantuan yang disalurkan berupa sumbangan Sinar Kasih iaitu bantuan Aidilfitri kepada […]
YAPEIM serah 10 rumah kepada penerima manfaat Program Sinar Lestari

23 April 2025 – YAPEIM bersama Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) telah mengadakan sesi penyerahan rumah kepada 10 orang penerima manfaat Program Sinar Lestari YAPEIM di negeri Terengganu, hari ini. Mereka yang menerima manfaat adalah Encik Ha’ameran bin Md. Razali, 47, nelayan dari Kampung Kubur Timah, Batu Rakit, Kuala Nerus; Encik Abdul Karim bin Mohamad, […]
YAPEIM Salur RM46,500 Melalui Program Aidilfitri MADANI YAPEIM Bantu Masyarakat Johor

23 April 2025 – Program Aidilfitri MADANI YAPEIM peringkat negeri Johor yang dianjurkan hari ini ternyata membawa keceriaan dan keriangan para penerima manfaat apabila sejumlah RM46,500 disalurkan di Masjid Jamek Pekan Air Panas, Labis, pagi ini. Program yang disempurnakan oleh YBrs. Tuan Rozaidie bin Mustaffa, Pengarah / Ketua Divisyen Projek Khas 1 YAPEIM, telah memanfaatlan […]
Sambutan Aidilfitri Madani YAPEIM Peringkat Negeri Pulau Pinang Disambut Dengan Meriah

22 April 2025 – Pejabat Pentadbiran YAPEIM Negeri (PPYN) Pulau Pinang hari ini mengadakan Sambutan Aidilfitri MADANI YAPEIM Peringkat Negeri Pulau Pinang di PERDA Convention Centre, Kubang Menerong, Pulau Pinang dengan suasana meriah. Program kerjasama dengan KEMAS Negeri Pulau Pinang ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah mewakili YBhg. Datuk Haji […]
YAPEIM Rasmi Ibu Pejabat Baharu, Turut Salur Sumbangan RM470,000

21 April 2025 – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar hari ini merasmikan ibu pejabat baharu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) di Menara Ochre @ Alamanda, Putrajaya. Beliau yang hadir pada majlis Sambutan Aidilfitri YAPEIM itu turut menyempurnakan program serahan sumbangan […]
Ketua Pengarah YAPEIM mempengerusikan mesyuarat pertama bersama semua ketua divisyen dan seksyen YAPEIM di Ibu Pejabat YAPEIM, Putrajaya.

Mesyuarat berlangsung kira-kira sejam itu antara lain bagi mendapatkan pandangan dan gambaran terkini mengenai operasi dan pentadbiran YAPEIM. ——————— Kami di YAPEIM sentiasa menghargai sokongan orang ramai dalam apa jua bentuk bagi membantu mereka yang memerlukan di seluruh negara. Zahirkan sokongan ada dengan menyumbang melalui 2 cara mudah:
Sekitar Majlis Mahabbah Aidilfitri Madani Agensi Hal Ehwal Agama 2025/1446H yang berlangsung meriah di Kompleks Islam Putrajaya, semalam.

Kesemua 14 agensi hal ehwal agama terlibat dalam majlis Aidilfitri ini yang dianjurkan sebagai manifestasi kasih sayang dan kebersamaan dalam keluarga besar agensi hal ehwal agama. Majlis diserikan dengan kehadiran Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd […]
Ketua Pengarah YAPEIM luang masa lawat Ar Rahnu cawangan Putatan, Sabah.

15 April 2025 – Ketua Pengarah YAPEIM Tuan Haji Zabidi bin Nasan meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat Ar Rahnu cawangan Putatan, Sabah. Beliau turut ditemani Pengerusi Koperasi YAPEIM Berhad (KYB) Tuan Muhamad Khairul Anuar bin Ibrahim dan Pengurus Besar KYB Tuan Mohamad Fozi bin Tunggal. Lawatan antara lain bagi meninjau pengoperasian cawangan pajak gadai […]