YAPEIM dan Gas Malaysia Berhad teroka kerjasama strategik

Kuala Lumpur, 17 Oktober 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dan Gas Malaysia Berhad hari ini meneroka satu bentuk kerjasama strategik yang bertujuan memperkukuh agenda pembangunan sosioekonomi ummah melalui pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan inisiatif infak berimpak tinggi. Perbincangan strategik antara kedua-dua pihak diadakan di Ibu Pejabat Gas Malaysia Berhad dan […]

Kunjungan Hormat Delegasi YAPEIM ke atas Menteri Besar Negeri Sembilan

SEREMBAN, 15 Oktober 2025 – Delegasi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun di Wisma Negeri bagi memperkukuh jalinan strategik bersama Kerajaan Negeri. Delegasi YAPEIM diketuai olehEn. Khairul Faiz Morat, Pengerusi Lembaga Pengarah YAPEIM Holdings / Ahli Lembaga Pemegang […]

YAPEIM dan BPMB Sepakat Perkasa Kerjasama Strategik

Kuala Lumpur, 15 Oktober 2025 –Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) hari ini menzahirkan komitmen bersama untuk memperkasa kerjasama strategik dalam memperkukuh ekosistem ekonomi serta memperluas impak sosial melalui inisiatif berteraskan infak dan tanggungjawab sosial korporat (CSR). Perbincangan antara Ketua Pengarah YAPEIM, YBrs. Tuan Haji Zabidi bin Nasan dan […]

YAPEIM, Jabatan Penjara Malaysia teroka kerjasama strategik

‎Kuala Lumpur, 9 Oktober 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) yang diketuai oleh Ketua Pengarah, Tuan Haji Zabidi bin Nasan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Bahagian Agama dan Kaunseling Jabatan Penjara Malaysia, TKP Zaidi bin Hamid di Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia hari ini. Pertemuan ini bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama […]

QSR Brands perkukuh kerjasama bersama YAPEIM

QSR Brands perkukuh kerjasama bersama YAPEIM ‎Kuala Lumpur, 8 Oktober 2025 – Ketua Pengarah YAPEIM, Tuan Haji Zabidi bin Nasan telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi QSR Brands yang diketuai oleh Ketua Pegawai Penjenamaan, Encik Ridzwan Othman. Pertemuan ini membincangkan pelbagai aspek potensi kerjasama strategik, khususnya dalam menjalin hubungan jangka panjang yang berasaskan nilai dan […]

Malam Media YAPEIM berlangsung meriah, salur bantuan RM55,500

Kuala Lumpur, 7 Oktober 2025 – Majlis Apresiasi dan Amal YAPEIM Bersama Media 2025 berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira lebih 150 pengamal media daripada pelbagai latar belakang organisasi di sekitar Lembah Klang, malam tadi. Majlis itu menyaksikan buat kali ketiga berturut-turut YAPEIM menyalurkan sumbangan kepada pengamal media yang memerlukan dengan sumbangan kali ini berjumlah RM55,500. […]

YAPEIM, YDSM jalin kerjasama, salur bantuan RM550,000

Hulu Terengganu, 4 Oktober 2025 – Sebanyak RM550,000 disalur menerusi penganjuran Projek Pembangunan Komuniti YAPEIM (PPKY) hasil kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dengan kerjasama Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) di Kenyir Elephant Conservation Village (KECV), Tasik Kenyir, hari ini. Projek PPKY kali ke-14 ini telah disempurna dan dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah […]

YAPEIM, MAIWP serah sumbangan bernilai RM550,000 kepada Yayasan DiRaja Sultan Mizan

Kuala Lumpur, 28 September 2025 – YAPEIM dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini menyerahkan sumbangan kepada Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) dalam satu majlis penuh bermakna di ibu negara. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasakan komuniti setempat melalui jaringan kerjasama antara rakan strategik. Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia […]

YAPEIM tandatangani Memorandum Persefahaman bersama Yayasan DiRaja Sultan Mizan

Kuala Lumpur, 28 September 2025 – YAPEIM dan Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman bagi kerjasama strategik dalam pembangunan rumah bantuan yang disebut Program Sinar Lestari YAPEIM, pembangunan keusahawanan, pembangunan kemasyarakatan dan pembangunan pendidikan. Keberangkatan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu ke majlis disambut YBhg. […]

YAPEIM, Sinar Karangkraf bincang peluang kerjasama yang boleh diteroka

Shah Alam, 22 September 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) berharap akan dapat menjalinkan kerjasama strategik bersama Sinar Krangkraf yang merupakan satu daripada konglomerat media tanah air yang popular. Perkara itu dinyatakan Ketua Pengarah YAPEIM Tuan Haji Zabidi bin Nasan ketika melakukan kunjung hormat bersama delegasi YAPEIM ke ibu pejabat Sinar Karangkraf, di […]