YAPEIM umum pelantikan Ahli LPA YAPEIM bagi sesi 2024/26

9 Oktober 2024 – Sepuluh ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) bagi sesi 2024/26 menerima watikah pelantikan masing-masing hari ini. Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan tersebut disempurnakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar. Majlis diadakan di Ibu Pejabat […]
Terima Kasih menjayakan FSY 2024

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Bagi pihak jawatankuasa penganjur FSY2024, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada anda kerana telah menyertai kami di FSY2024. Kehadiran dan penyertaan anda telah memberi impak yang besar dan menyumbang kepada kejayaan Forum ini. Untuk membantu kami menganjurkan forum yang lebih berkualiti dan mempunyai nilai tambah pada masa […]
Ahli LPA, JKK YAPEIM dirai dalam majlis penghargaan

4 Oktober 2024 – Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) dan ahli Jawatankuasa Khusus (JKK) YAPEIM bagi sesi 2022/24 atas jasa dan sumbangan yang diberikan dalam memajukan Yayasan ini. Mereka diraikan dalam Majlis Penghargaan Ahli LPA dan JKK YAPEIM sesi 2022/2024 di sebuah hotel di ibu negara, lewat […]
Sebanyak 12 resolusi berjaya dicapai melalui penganjuran FSY2024

2 Oktober 2024 – Sebanyak 12 resolusi berjaya dicapai hasil dua hari penganjuran Forum Serantau YAPEIM 2024 (FSY2024) di Hotel Putrajaya Marriott, Putrajaya. Antara 12 resolusi itu adalah, usaha menggubal dasar-dasar ekonomi dan kewangan yang berteraskan pembangunan ekonomi Islam yang inklusif dan mampan dipertingkatkan oleh Kerajaan bagi tujuan membolehkan dan memudahkan pengamal industri terus melaksana […]
Kira-kira 100 peserta sertai sesi Masterclass 2 bersama pengurusan YAPEIM

2 Oktober 2024 – Kira-kira 100 peserta menyertai sesi Masterclass 2 : Peluang Eksklusif: Temui YAPEIM “Peluang Kolaborasi dan Sokongan Pembangunan IKS” di Hotel Putrajaya Marriott, Putrajaya, pagi ini. Sesi dikelola Pengurusan Utama YAPEIM iaitu Ketua Divisyen Sumber Dana Puan Parihah binti Hasan, Ketua Divisyen Pengagihan Puan Hajah Sharina binti Ramli dan Ketua Divisyen Pembangunan […]
Institusi pendanaan awam perlu dinamik dalam menoktahkan kemiskinan

2 Oktober 2024 – Institusi pendanaan awam di Malaysia seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dan Yayasan Hasanah dilihat mampu memainkan peranan yang signifikan dalam menoktahkan kemiskinan di Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah YAPEIM Tuan Haji Ameer Ali bin Vali Mohamed berkata, sebagai contoh di YAPEIM terdapat tiga teras utama iaitu Pembangunan Ekonomi Islam, […]
Timbalan Perdana Menteri rasmi FSY2024

1 Oktober 2024 – Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof merasmikan Forum Serantau YAPEIM 2024 (FSY2024) di sebuah hotel di Putrajaya, petang ini. FSY2024 menghimpunkan kira-kira 60 penceramah dan ahli panel dari dalam dan luar negara dengan pelbagai latar belakang selama dua hari persidangan pada 1 dan 2 Oktober 2024. […]
Lima asnaf terharu terima rumah dibina YAPEIM

28 September 2024 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dengan kerjasama strategik Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) telah membina lima buah rumah untuk keluarga asnaf di Kelantan melibatkan peruntukan berjumlah RM400,000. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar yang […]
YAPEIM lancar PPKY Sarawak di Masjid An-Najah Asajaya dan salur bantuan berjumlah RM140,000

28 September 2024 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) lancar Projek Pembangunan Komuniti YAPEIM (PPKY) Negeri Sarawak di Asajaya, Samarahan hari ini sambil menyalurkan bantuan berjumlah RM140,000. Majlis pelancaran projek tiga tahun di Masjid An-Najah itu disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM Datuk Mohd Radzif bin Mohd Yunus. PPKY berupa satu projek dengan […]
YAPEIM taja RM48,000 untuk hadiah johan-johan MTHQA ke-64

23 September 2024 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) sekali lagi diberi kesempatan untuk menaja hadiah sampingan bagi Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-64 tahun ini. Tajaan YAPEIM berupa set barang emas iaitu 2 keping dinar mutu 999 (2 x 4.25g) dan 20g (barang kemas) mutu 916 dihasilkan oleh YAPEIM Gold, […]