YaPEIM salur RM49,500 menerusi PZMY, manfaatkan mereka memerlukan

3 Ogos 2024 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyalurkan sumbangan RM49,500 bagi Program Ziarah MADANI YaPEIM (PZMY) pada hari ini yang memanfaatkan mereka yang memerlukan. Sumbangan yang diberi berupa bantuan tunai RM200 setiap satu kepada 30 keluarga daripada kumpulan B40, pesakit kronik dan anak yatim berjumlah RM6,000; bantuan makanan RM100 setiap satu kepada […]
Koperasi YaPEIM Berhad adakan mesyuarat agung

3 Ogos 2024 – Seramai 1,151 anggota Koperasi YaPEIM Berhad bermesyuarat dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-28 di Dewan Perdana Mestika, Institut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pagi ini. Mesyuarat turut dilangsungkan serentak seluruh negara menggunakan aplikasi video ‘Zoom’ yang ditayangkan secara langsung di dalam dewan. Mesyuarat dihadiri dan dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah YaPEIM Tuan […]
Sesi town hall YaPEIM 3/2024

30 Julai 2024 – Warga kerja YaPEIM petang ini hadir ke satu sesi town hall yang berkisar berkaitan perincian kepada pelaksanaan Pelan Transformasi Najjah. Sesi penerangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah YaPEIM Tuan Haji Ameer Ali bin Vali Mohamed. Juga mengambil bahagian ialah Ketua Divisyen Strategi & Transformasi Puan Jasni binti Othman dan […]
Kampung Sungai Baru kampung angkat Menteri Hal Ehwal Agama

27 Julai 2024 – Kampung Sungai Baru di Kampung Baru Kuala Lumpur hari ini diumum kampung angkat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar mengumumkannya di Majlis Peluncuran Program Santuni Madani Mini Karnival Kampung Angkat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala […]
YaPEIM santuni golongan yang memerlukan di Keningau, Sabah

YaPEIM melalui Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri Sabah telah menyampaikan sumbangan Inspirasi Prihatin YaPEIM kepada 11 orang pesakit kronik dan warga emas di Keningau, Sabah baru-baru ini. Penerima sumbangan Inspirasi Prihatin YaPEIM ini hanya mengharapkan ehsan dan bantuan dari anak-anak yang bekerja. Semoga dengan sedikit bantuan daripada YaPEIM ini dapat membantu meringankan beban mereka. Sumbangan yang […]
YaPEIM, BERNAMA bincang peluang kerjasama yang boleh diteroka

25 Julai 2024 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) berharap akan dapat menjalinkan kerjasama strategik bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Perkara itu dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah YaPEIM Tuan Haji Ameer Ali bin Vali Mohamed ketika melakukan kunjung hormat di ibu pejabat BERNAMA di ibu negara petang ini. Antara kerjasama yang boleh dimeterai […]
Sumbangan bakul makanan kepada penduduk Kampung Tambisan, Lahad Datu

YaPEIM melalui Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri Sabah telah menyampaikan 55 set bakul makanan kepada penduduk di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini. Jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM5,500. Serahan bakul makanan disampaikan oleh Mej. Jen. Datuk Malek Razak bin Sulaiman, Panglima 5 Divisyen dan Brig. Jen. Hashim bin Osman, Panglima Briged Ke-13 Infranti Malaysia bersama wakil YaPEIM […]
Warga kerja YaPEIM sertai kempen derma darah

22 Julai 2024 – Warga kerja ibu pejabat YaPEIM di Petaling Jaya hari ini tidak melepaskan peluang menderma darah sempena Ulang Tahun YaPEIM ke-40. Program anjuran Seksyen Sumber Daya Insani dengan kerjasama Koperasi Santun Berhad turut membuka reruai pemeriksaan kesihatan, fisio terapi, khidmat cucian emas dan juga jualan ubat-ubatan serta keperluan kesihatan. Program yang bermula […]
300 warga kerja YaPEIM dan keluarga meriahkan Fun Run/Walk

21 Julai 2024 – Kira-kira 300 peserta terdiri daripada warga kerja YaPEIM dan ahli keluarga memeriahkan aktiviti Fun Run/Walk YaPEIM 4.0 awal pagi ini sempena sambutan ulang tahun YaPEIM ke-40. Aktiviti yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur itu bermula jam 7 pagi dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) YaPEIM Datuk Mohd Radzif […]
Ulang Tahun YaPEIM ke-40 dimulakan dengan majlis solat hajat dan bacaan surah Yasin

Alhamdulillah hari ini warga YaPEIM telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Sempena Ulang Tahun YaPEIM Ke-40. Majlis yang bermula pada 10.30 pagi itu turut disertai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Datuk Mohd Radzif bin Mohd Yunus dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Encik Khairul Faiz bin Morat@Abd Morat. Turut serta Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua […]