Lawatan kerja Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM ke Kedah

20 Januari 2025 (Isnin) – Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM (LPA), Tuan Abdul Khudus bin Mohd Naaim telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Pentadbiran YAPEIM Negeri (PPYN) Kedah & Perlis.  Kedatangan Tuan Abdul Khudus bin Mohd Naaim telah disambut oleh Encik Mohd Fauzi bin Adnan, Pengurus YAPEIM Wilayah Utara, Puan Nor Syarfirah binti Samsuri Pengurus […]

YAPEIM Sertai Program Santuni Madani Anjuran JKSM

Pasir Puteh, 18 Januari 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menerusi Pejabat Pentadbiran YAPEIM Negeri Kelantan telah dijemput bagi memeriahkan Program Santuni Madani anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Program yang berlangsung di SMU (A) Diniah Permatang Rambai, Pasir Puteh turut dimeriahkan lagi dengan 23 agensi kerajaan Negeri Kelantan yang terlibat. Program yang berlangsung […]

Ke Arah Transformasi Budaya Cemerlang

Pada 15 dan 16 Januari 2025, Pengurusan dan Sekretariat YAPEIM telah bersama-sama menjayakan sesi Pelan Pembangunan Strategik Transformasi Budaya, sebuah langkah penting dalam membentuk hala tuju strategik organisasi. Sesi ini turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM Tuan Abdul Khudus bin Mohd Naaim yang menyampaikan aspirasi beliau untuk memperkukuhkan peranan YAPEIM sebagai sebuah […]

Program Pembersihan Pasca Banjir Bersama Skuad Musa’adah Al Falah Madani

Hulu Terengganu,  05 Januari 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menerusi Pejabat Pentadbiran YAPEIM Negeri Terengganu telah terlibat dalam misi pembersihan pasca banjir bersama Skuad Musa’adah Al-Falah Madani bersama agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Dalam misi ini, pihak YAPEIM bersama agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) […]

Kenyataan Media Pengumuman Pengerusi YAPEIM Yang Baharu

Kenyataan media oleh Tuan Ameer Ali bin Vali Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah mengenai pengumuman pelantikan pengerusi YAPEIM yang baharu. Muat turun di sini: https://www.yapeim.my/wp-content/uploads/2025/01/Kenyataan-Media-Pengumuman-Pelantikan-Pengerusi-YAPEIM-Yang-Baharu.pdf

YAPEIM Sumbang RM6,900 Kepada Anak Mangsa Kemalangan Maut Di Melaka

2 Januari 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan bantuan berjumlah RM6,900 kepada dua anak mangsa kemalangan maut di kilometer 204 Lebuh Raya Utara-Selatan pada 23 Disember lalu, petang ini. Sumbangan disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar di rumah […]