YAPEIM anjur Kursus Pengendalian Makanan dan Suntikan Tifoid di Pulau Pinang

27 Februari 2025 – Dalam mempersiapkan usahawan memaju dan mengembangkan perniagaan masing-masing, YAPEIM mengambil langkah proaktif dengan membantu kumpulan ini menerusi penganjuran Kursus Pengendalian Makanan dan Suntikan Tifoid secara percuma yang dianjurkan. Program yang dianjur dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Masjid Al-Qahhar, Permatang Damar Laut di Bayan Lepas, semalam dihadiri 50 peserta dalam […]

YAPEIM Raikan Jasa Lapan Pegawai dalam Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih

27 Februari 2025 – YAPEIM hari ini menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada lapan pegawai yang bersara pilihan dan menamatkan perkhidmatan mereka melalui Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih yang berlangsung di ibu pejabat YAPEIM. Majlis penuh penghormatan ini didedikasikan kepada Puan Parihah binti Hasan, Puan Sharina binti Hj. Ramli, Puan Jasni binti Othman, Puan Sabariah […]

YAPEIM di Karnival Wanita MADANI 2025

YAPEIM berbesar hati menjadi sebahagian daripada Karnival Wanita MADANI 2025 yang berlangsung meriah di Putrajaya pada 26 Februari. Lebih 500 wanita dari pelbagai latar belakang hadir bagi memperkasa diri dalam aspek ekonomi, sosial, pendidikan dan kesihatan. Dirasmikan oleh YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, beliau menekankan peranan penting wanita sebagai tonggak keluarga […]

YAPEIM Anjur Kursus Pengendalian Makanan dan Suntikan Tifoid peringkat Negeri Melaka

24 Februari 2025 – Seramai 50 peserta menyertai Kursus Pengendalian Makanan dan Suntikan Tifoid secara percuma yang dianjurkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Masjid Asy-Syuja’ah Merlimau, Melaka pada semalam. Kursus satu hari yang diselaraskan oleh Divisyen Pembangunan Sosioekonomi itu bertujuan bagi melatih dan melahirkan peserta secara lebih […]

KeSSKY, Etiqa Motorcycle Community (EMC) Santuni Warga Pondok Darul Muttaqin

23 Februari 2025 – Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan YAPEIM (KeSSKY) dengan kerjasama Etiqa Motorcycle Community (EMC) menyantuni warga Pondok Darul Muttaqin dalam Program Jelajah #ridetoramadan 2025 di Paya Rumput, Melaka semalam. Sebelum itu, majlis pelepasan kumpulan konvoi motosikal dan kereta terbabit telah dilakukan di Ibu Pejabat YAPEIM di Menara Ochre, Putrajaya dan disempurnakan oleh […]

Kenyataan Media : YAPEIM Nafi Keluar Iklan Tawaran Bangunkan Hartanah, Minta Masyarakat Berwaspada

BANDAR SUNWAY, 20 Februari 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menafikan sebarang bentuk iklan yang menawarkan cadangan untuk membangunkan projek perumahan di tanah PJ Perdana, Paroi, Negeri Sembilan yang dikesan cuba memperdayakan orang ramai menerusi aplikasi WhatsApp baru-baru ini. Aktiviti yang bertujuan untuk menipu orang ramai itu mula dikesan selepas satu pesanan tangkap […]

YAPEIM anjur Kursus Pengendalian Makanan dan Suntikan Tifoid Percuma

18 Februari 2025 – Seramai 50 peserta menyertai Kursus Pengendalian Makanan dan Suntikan Tifoid secara percuma yang dianjurkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) di Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lumpur hari ini. Kursus satu hari yang dianjurkan Divisyen Pembangunan Sosioekonomi itu bertujuan bagi melatih dan melahirkan peserta secara lebih berdaya saing dalam mengendalikan perusahaan […]

Iklan Jawatan Kosong Unit Digital dan Inovasi [TUTUP]

Kami ingin mempelawa permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan secara kontrak sebagaimana yang berikut: MAKLUMAT JAWATAN Penempatan : UNIT DIGITAL DAN INOVASIStatus Tawaran : Kontrak DESKRIPSI TUGAS SYARAT-SYARAT PERMOHONAN CARA PERMOHONAN: Versi PDF -> Klik sini

YAPEIM Salurkan RM316,000 Bagi Program Santuni Madani di Johor

LABIS, 15 Februari 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan sumbangan berjumlah RM316,000 dalam Majlis Santuni MADANI YAPEIM iaitu dalam bentuk Projek Pembangunan Komuniti YAPEIM (PPKY) Peringkat Negeri Johor dan Program Sinar Lestari YAPEIM. Majlis disempurnakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin […]

Projek Pembangunan Komuniti YAPEIM – Kursus Latihan Pengendali Makanan dan Suntikan Tifoid

Kuantan, 10 Februari 2025 – YAPEIM melalui Pejabat Pentadbiran YAPEIM Negeri Pahang telah melaksanakan Projek Pembangunan Komuniti YAPEIM dengan mengadakan Kursus Latihan Pengendali Makanan dan Suntikan Tifoid di Masjid Saidina Othman Ibnu Affan (Masjid Bukit Rangin) Kuantan, Pahang. Seramai 50 orang usahawan menyertai kursus ini yang dilaksanakan secara 2 sesi iaitu pagi dan petang. Taklimat […]