Tender Terbuka Cadangan Pengubahsuaian Dalaman 10 Unit Kedai Pejabat Sedia Ada Kepada Sebuah “Travelodge”(49 Bilik) Di Atas Lot 24029-24038, Jalan Bukit Senyum, Lenggong, Perak Darul Ridzuan

BUTIRAN TENDER SYARATPENYERTAAN TENDER TARIKH DAN MASA PENJUALAN DOKUMEN PELAWAAN TENDER HARGA JUALAN DOKUMEN PELAWAAN TENDER TARIKHTUTUP TENDER No. Tender:YAPEIM/DSDI-SPO/TB(YL) – 004/24 TENDER TERBUKA CADANGANPENGUBAHSUAIAN DALAMAN10 UNIT KEDAI PEJABAT SEDIAADA KEPADA SEBUAH“TRAVELODGE” (49 BILIK) DIATAS LOT 24029-24038, JALANBUKIT SENYUM, LENGGONGPERAK DARUL RIDZUAN Pelawaan adalah berdasarkan kepada kategori seperti berikut: i. Bangunan (B04 & B07); dan, […]

YAPEIM Taja Foodbank Bagi Program Sejambak Kasih Peribumi, Jiwa MADANI

Lipis, 29 Oktober 2024 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah menaja 50 set barangan foodbank bernilai RM5,000 bagi program “Sejambak Kasih Peribumi, Jiwa Madani”. Program ini merupakan anjuran Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGMTAA). Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin […]

Kursus Kompetensi Diploma Kewangan Islam

Johor Bahru, 29 Oktober 2024 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) berkongsi sejarah serta kejayaan sepanjang 40 tahun penubuhan sebagai peneraju institusi pembangunan ekonomi Islam di Malaysia. Ketua Divisyen Pengagihan YAPEIM, Puan Hajah Sharina binti Haji Ramli menjadi salah seorang panel dalam Kursus Kompetensi Diploma Kewangan Islam (DIF) yang turut dihadiri Puan Hamidah binti […]

YAPEIM Dengan Kerjasama PNB Santuni Pelajar Mangsa Banjir.

Rantau Panjang, 28 Oktober 2024 – YAPEIM melalui Pusat Pentadbiran YAPEIM Negeri Kelantan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah menyantuni seramai 53 orang pelajar mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Periok. Seramai 53 orang pelajar mangsa banjir telah menerima sumbangan berupa kelengkapan sekolah bernilai RM 100 dan juga wang tunai sebanyak RM100 bagi setiap […]

Didik MADANI YAPEIM salur RM2.34 juta kepada 20 Universiti Awam

27 Oktober 2024 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan bantuan pendidikan berjumlah RM2.34 juta kepada 2,340 pelajar tahun pertama kursus ijazah sarjana muda di 20 Univeristi Awam (UA) di seluruh negara. Melalui insiatif Didik MADANI YAPEIM ini, setiap pelajar akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,000 yang dikreditkan ke akaun masing-masing di Jabatan Bendahari […]

YAPEIM Bersama PNB Salurkan Bantuan Persekolahan Kepada Pelajar Mangsa Banjir

Dungun, 26 Oktober 2024 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyalurkan bantuan persekolahan berjumlah keseluruhan RM55,000 untuk membantu 275 pelajar mangsa banjir yang telah dikenal pasti di Daerah Dungun. Penyerahan bantuan diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jengal melibatkan 157 orang pelajar yang terjejas banjir daripada 5 […]

Timbalan Perdana Menteri lawat Bas Ar Rahnu YAPEIM

19 Oktober 2024 – Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa melawat ke Bas Ar Rahnu YAPEIM yang juga cawangan bergerak sempena Program Halal On Track (HOT) @ Pahang Darul Makmur yang dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP). Program HOT ini berlangsung di […]

Pasukan Rumah Biru muncul juara Kejohanan Boling YAPEIM & Agensi 2024

19 Oktober 2024 – Kejohanan Boling YAPEIM & Agensi 2024 telah melabuhkan tirainya petang ini dimana dominasi Rumah Biru sukar digugat selepas diumum menjadi johan keseluruhan pertandingan. Bagi kategori berpasukan lelaki, Rumah Biru mengungguli tempat pertama dengan markah keseluruhan berjumlah 2555 mata jatuhan pin mengatasi pencabar terdekat Rumah Hijau yang menduduki tempat kedua dengan mata […]

Bengkel Perancangan Bisnes Tahunan YAPEIM 2025

Alhamdulillah, Bengkel Perancangan Bisnes Tahunan YAPEIM 2025 telah berjaya dilaksanakan selama 3 hari 2 malam berakhir 17 Oktober 2024. Sepanjang bengkel ini, para peserta berpeluang memperhalusi visi, berkongsi idea dan menyenarai strategi dan inisiatif bagi memastikan YAPEIM terus relevan sebagai sebuah institusi pembangunan yang bermanfaat kepada masyarakat.

Selangor International Halal Convention (SELHAC) 2024

Sekitar kemeriahan hari pertama Selangor International Halal Convention (SELHAC) 2024 yang sedang berlangsung sehingga 19 Oktober ini. Jom temui YAPEIM di reruai bernombor 5004 bertempat di Hall 5, Kuala Lumpur Convention Centre untuk dapatkan informasi seperti konsultansi pensijilan halal, penerangan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan serta cuci emas secara percuma. Jumpa anda di sana!