YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) Serah Sumbangan Program Inspirasi Musaadah Aidilfitri YaPEIM

SIPITANG – 19 JUN 2020 – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), YB Tn Hj Ahmad Marzuk Shaary membuat serahan sumbangan sempena Program Inspirasi Musaadah Aidilfitri YaPEIM kepada 100 orang penerima dari Daerah Sipitang yang terdiri dari golongan B40 berupa barangan keperluan asas.

Turut hadir ke program ialah Pn Parihah Hasan, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM serta Pemimpin masyarakat tempatan.

Foodbank YaPEIM 2.0 di bawah Program Inspirasi Musaadah Aidilfitri YaPEIM Di wujud kan bertujuan untuk membantu golongan keluarga B40, asnaf dan keluarga miskin yang memerlukan dengan memberi sumbangan berupa barangan keperluan asas.

Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban kepada keluarga.