YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) Melawat Kaunter Ar Rahnu YaPEIM Cawangan Sipitang

SIPITANG – 19 JUN 2020 – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), YB Tn Hj Ahmad Marzuk Shaary mengadakan lawatan kerja ke Kaunter Ar Rahnu YaPEIM cawangan Sipitang, Sabah hari ini.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi meninjau pengoperasian dan perkembangan pelaksanaan Ar Rahnu YaPEIM khususnya di Negeri Sabah.

Turut hadir bagi menyambut kehadiran YB Timbalan Menteri adalah Pn Parihah Hasan, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM dan pihak Pengurusan YaPEIM Sabah

Untuk makluman, Ar Rahnu YaPEIM Sipitang mula beroprasi pada 2 Januari 2014 adalah di antara 9 Cawangan Ar Rahnu di Negeri Sabah dan 2 kaunter perkhidmatan bergerak Ar Rahnu YaPEIM

Sejak dilancarkan pada 2000, Ar Rahnu YaPEIM terus berkembang maju dengan menyediakan 203 buah cawangan statik dan 9 buah kaunter bergerak di seluruh negara.