YaPEIM Tampil Santuni Lima Buah Keluarga

KOTA KINABALU, 20 JUN 2020 – PRIHATIN dengan kesusahan yang dialami, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hari ini tampil menyalurkan sumbangan di bawah Program Inspirasi Musaadah Aidilfitri YaPEIM kepada 5 buah keluarga di 3 lokasi sekitar Kota Kinabalu.

Sumbangan diserahkan oleh Pn Parihah Hasan, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM. Turut hadir bersama ialah Pengurusan Utama YaPEIM serta Pegawai dari Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Sabah.

Para penerima yang terdiri dari golongan B40 dan asnaf ini telah dikenalpasti melalui pimpinan masyarakat setempat dan menerima sumbangan wang tunai serta barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula dan lain-lain.

Salah seorang penerima, Pn Edah Binti Tujihan dari Kg Numbak, mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada YaPEIM di atas sumbangan yang diberi.

” Dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan perbelanjaan keluarga saya” katanya.

Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban kepada keluarga. Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang YaPEIM.