YaPEIM Serah Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran di Tawau, Sabah Sebanyak RM12,500.00 di Bawah Program YaPEIM Prihatin (YaPEIM’S Care)

TAWAU – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM12,500.00 kepada mangsa kebakaran di Tawau pada tahun 2019.

YaPEIM telah mengambil langkah untuk turut terlibat dalam membantu meringankan beban mereka. Seramai 25 keluarga telah menerima sumbangan ini di bawah program YaPEIM Prihatin (YaPEIM’S Care).

Serahan telah disampaikan oleh En Selabi Mohammad, Ketua Seksyen Penyeliaan YaPEIM Negeri Sabah & Sarawak bertempat di Masjid Hidayah Al- Mustaqim Batu 4 Jalan Apas, Tawau.