YaPEIM Lancar Bulan Kebangsaan ke-63

Petaling Jaya, 26 Ogos – Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tiga kali laungan keramat dilaungkan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Datuk Hj Mohd Redza Shah Abdul Wahid menjadi simbolik kepada pelancaran rasmi Bulan Kebangsaan ke-63 peringkat YaPEIM hari ini.

Pelancaran berlangsung di Ibu Pejabat YaPEIM, Bandar Sunway, di sini, menghimpunkan 100 warga institusi yang bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang.

Majlis bermula pada jam 8.30 pagi itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Memacu Kejayaan Bersama sebelum ucapan Pemangku Ketua Pengarah, Parihah Hasan mengambil tempat.

Majlis sambutan kemudian diteruskan dengan tayangan video korporat Bulan Kebangsaan yang dilakonkan kakitangan Bahagian Komunikasi Korporat YaPEIM sebelum gimik pemasangan mini Jalur Gemilang di kenderaan milik institusi dan warga YaPEIM.

Mohd Redza Shah kemudian menyempurnakan gimik flag-off sekali gus mengakhiri program pelancaran Bulan Kebangsaan ke-63 peringkat YaPEIM.