YaPEIM Johor serah foodbank secara pandu lalu

Kota Tinggi, 4 November – Serahan bantuan Foodbank YaPEIM melalui kaedah pandu lalu kepada penduduk di sekitar Tanjung Sedili, di sini, semalam.

Seramai 150 keluarga yang juga terdiri daripada nelayan dan peniaga kecil menerima bantuan berupa beras, minyak masak dan barang keperluan asas lain yang berlangsung di perkarangan pintu masuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tan Sri Jaafar Albar, Kota Tinggi.

Penyerahan disempurnakan oleh Pengurus Negeri YaPEIM Johor Tajul Ariffin Harun dan dihadiri Pengetua SMK Tan Sri Jaafar Albar, Zolkifli Alib, bersama YDP PIBG Omar Uyob.

Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban penerima.

Terima Kasih Penyumbang Tabung Amanah YaPEIM