YaPEIM dan Hospital Kuala Lumpur Raikan Pasukan Polis Bantuan

Kuala Lumpur, 28 Feb 20 – YaPEIM dengan kerjasama Hospital Kuala Lumpur menyantuni 328 orang daripada pasukan polis bantuan Hospital Kuala Lumpur.

Mereka diraikan dalam majlis Serahan Foodbank Daging Segar 1.0 YaPEIM yang julung kali dilaksanakan di sini.

Majlis dimulakan dengan bacaan yaasin, jamuan kenduri dan diakhiri dengan penyerahan daging lembu segar ini merupakan sebahagian daripada aktiviti pra-sambutan 150 tahun Hospital ini yang diasaskan pada tahun 1870.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Datuk Dr Heric Corray, Pengarah Hospital Kuala Lumpur dan Puan Parihah Hasan, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM.

#yapeim #memacukejayaanbersama #february2020 #rahmah #rahmatanlilalamin #ingatkebajikaningatyapeim #foodbank #b40