YaPEIM Anjur Seminar Kesedaran Halal & Bengkel Pendaftaran

KUANTAN 23 Feb 20 – BAGI memastikan peranannya memperkukuhkan sosioekonomi dan amal jariah terus kondusif, Yayasan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) tampil proaktif sebagai agensi pembimbing usahawan mendapatkan pensijilan Halal.

Inisiatif baharu digalas bukan sekadar memerlukan komitmen tinggi, malah wajar digembleng dengan strategik bagi memastikan setiap usahawan Muslim memenuhi piawaian Halal ditetapkan Jakim terhadap produk makanan, minuman, barang kegunaan mahupun pengoperasian premis makanan.

Mandat ini terus digalas oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) YaPEIM pada tahun ini, antara pentaksiran ditetapkan Indeks Prestasi Kementerian (MPI) dengan sasaran 55 usahawan dilatih selain 1,000 produk atau barangan mendapat penarafan halal menjelang penghujung tahun ini.

Program kali ini mendapat sambutan meriah dari usahawan tempatan/bumiputra yang dirasmikan oleh YB. Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) di Dewan Seri Mahkota, POLISAS hari ini.

Program ini turut disertai dan mendapat kerjasama agensi-agensi lain seperti MUIP; JAIP, MARDI; TEKUN; MARA; UMP; MPK; SSM; SIRIM & FAMA bagi mendedahkan/membuka ruang kepada usahawan bagi memudahkan proses bagi mendapatkan pensijilan halal.