Dasar Keselamatan

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk inskripsi data dan penggunaan kata laluan adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan kepatuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

 

Keselamatan Storan

  1. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai
  2. Sebarang penyebaran maklumat yang berbau politik, hasutan atau perkauman, dan perkara-perkara negatif yang menjejaskan reputasi YaPEIM adalah bertentangan dengan dasar-dasar negara adalah dilarang.
  3. Pengunjung hendaklah memastikan fail yang dihantar melalui lampiran adalah bebas dari virus.
  4. Pengunjung adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas maklumat yang dikunci masuk.
  5. Pencerobohan atau percubaan untuk menggodam portal YaPEIM adalah dilarang.