PROGRAM FOOD BANK YaPEIM 1.0 – DRY FOOD (BANTUAN BANJIR) NEGERI PAHANG

YaPEIM salur bantuan barangan keperluan asas (dry food) kepada keluarga dari kelompok B40.

Seramai 400 penerima dari Daerah Rompin menerima pek barangan keperluan asas yang diagihkan melalui Program Food Bank YaPEIM 1.0

Inisiatif YaPEIM memperkenalkan Program Foodbank YaPEIM 1.0 kepada masyarakat yang kurang berkemampuan khususnya kepada kepada keluarga dari kelompok B40 dengan mengagihkan pek barangan keperluan asas sekaligus mencapai matlamat dan tujuan asas pelaksanaan program ini.

Pengagihan bantuan food bank ini dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Rompin yang membantu mengenalpasti keluarga yang layak untuk menerima bantuan

Semoga Allah merahmati para penyumbang ke Tabung Amanah YaPEIM dan sekaligus dapat memberi manfaat dan meringankan bebanan penerima.

Write a comment