Latar Belakang

Direktori :

Garis Masa YaPEIM

1976

Penubuhan

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) adalah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan di bawah Trustees (Incorporation) Act 1952.

1976

1984

Penstrukturan Semula

Bagi menggerakkan potensi dan meluaskan peranannya, YaPEIM telah disusun dan dilancarkan semula pada 20 Julai 1984 oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada masa itu.

1984

1985

Pentadbiran

YaPEIM ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah melalui Surat Ikatan Amanah YaPEIM.

1985

1993

Peneraju

YaPEIM merupakan peneraju dalam perkhidmatan Mikro Kredit Ar Rahnu sejak tahun 1993 melalui Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat).

1993

2021

Portal Inspirasi Qaseh

Seiring dengan kemajuan teknologi dan antara salah satu inisiatif meningkatkan sumbangan ketika fasa PKP, YaPEIM mengorak langkah dengan mewujudkan portal sumbangan atas talian, Inspirasi Qaseh.

Melalui portal ini, orang ramai boleh membuat sumbangan dengan mudah dan selamat kepada YaPEIM untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan di seluruh negara.

2021

2023

Transformasi Najjah

Pelan Transformasi Najjah dilancarkan pada 5 Disember 2023 bertujuan mengembalikan hala tuju YaPEIM terutamanya dalam ekosistem pembangunan ekonomi Islam.

Pelan transformasi 5 tahun (2023-2027) ini melibatkan tiga teras utama, iaitu:-

1. Penghayatan nilai amanah.

2. Model pembangunan operasi dan tadbir urus yang padu dan mampan.

3. Rangka kerja perundangan yang teguh dan komprehensif.

2023

Visi & Wawasan

Institusi unggul menerajui pembangunan sosioekonomi secara inklusif dan berkesan bagi kesejahteraan ummah.

Penyataan Misi

Komited dalam usaha memperkasa ekonomi ummah dan penyampaian perkhidmatan yang terbaik, efisien dan berintegriti.

Cogan Kata (Tagline)

“Terus Melonjak Memacu Kejayaan”

Nilai-nilai Utama

Nilai-nilai utama yang dihayati dalam budaya korporat YaPEIM :

  1. Yakin
  2. Prihatin
  3. Efisen
  4. Integriti
  5. Maju

Objektif Teras Penubuhan YaPEIM

PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM

  1. Mensejahterakan ummah dalam pembangunan ekonomi Islam dengan inovatif, berdaya saing, berkualiti, cekap dan patuh Syariah.
  2. YaPEIM telah menjana pelaburan dalam perniagaan Ar Rahnu melalui Ar Rahnu YaPEIM yang telah memberi manfaat kepada ummah dalam sektor tersebut dan akan meneliti keterlibatan dalam sektor-sektor lain yang diperlukan ummah dan dalam masa yang sama akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi Islam.

PENDIDIKAN

  1. Menyediakan aktivti pendidikan di peringkat primer, menengah dan tertiari bertujuan mengeluarkan sasaran penerima manfaat dan keluarganya daripada kemiskinan tegar.
  2. Memimpin perkembangan pemikiran dalam pembangunan ekonomi Islam serta kewangan dan bantuan sosial melalui penganjuran atau penajaan sumbang saran/ bengkel/ seminar/ persidangan/ penulisan/ buku dan program berkaitan.

PEMBANGUNAN SOSIAL

  1. Menyediakan program komuniti sama ada secara berpanjangan atau sekali (one-off), bagi menangani isu-isu setempat, program keusahawanan kepada kumpulan nano dan mikro dengan kerjasama strategik bagi melonjakkan mereka ke peringkat yang lebih tinggi; dan sumbangan amal jariah kepada benefisiari secara telus dan efektif.
  2. Memperkasa pengurusan dan metodologi kutipan dana melalui pelbagai cara bagi menambah sumbangan yang diterima sekaligus dapat memperbanyak pelaksanaan aktiviti pembangunan ekonomi Islam, pendidikan dan pembangunan sosial.

Senarai Nama Ahli :

Pengurusan Utama

1. Tn. Haji Ameer Ali Bin Vali Mohamed 
Ketua Pegawai Eksekutif | Ketua Pengarah YaPEIM

2. Tn. Haji Awang @ Musran Bin Tawil
Ketua Divisyen Perniagaan Kumpulan

3. Pn. Parihah Binti Hasan
Ketua Divisyen Strategi & Transformasi

4. Pn. Hajah Sharina Binti Ramli
Ketua Divisyen Pengagihan