KIQYB Sebagai Pembekal Daging Segar

Dalam melaksanakan Program Foodbank YaPEIM 1.0, Koperasi Ibadah Qurban YaPEIM Berhad (KIQYB) telah dilantik sebagai pembekal daging segar yang menjadi salah satu cabang keperluan isi rumah.

Daging segar diagihkan kepada penerima yang layak iaitu mereka yang berada di dalam golongan berpendapatan rendah B40. Tapisan penerima telah dibuat di peringkat Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri dan daging diagihkan melalui Program Foodbank YaPEIM 1.0 dengan kerjasama komuniti setempat.