Pengenalan
- Terhasil dari pemerhatian Program Eksplorasi YaPEIM – ESSCOM Siri 1, didapati kebanyakan dari suku kaum etnik yang berada di beberapa buah pulau masih belum beragama Islam, tiada pendidikan formal dan belum mendapat mana-mana kerakyatan.
- Sehubungan dengan itu, YaPEIM telah merangka satu pelan Pembangunan Pendidikan (khusus pengajian Al Quran) di daerah Semporna terutama kepada masyarakat Bajau Sama Laut (Palauh).
- Program bermula pada Februari 2018 di Semporna, Sabah yang diadakan di sekolah rendah, lapangan (surau/dewan) dan Kelas Al-Quran Fardhu Ain (KAFA) dengan melibatkan pelajar berusia 7 – 12 tahun dengan kerjasama IPAQ bagi menjayakan kaedah pembelajaran yang mudah dan berkesan iaitu Kaedah ABAHATA.
- Membantu masyarakat yang buta huruf Al-Quran kepada boleh membaca dan menulis Al-Quran dengan baik.
Objektif
- Kerjasama yang berkesan melalui pendekatan National Blue Ocean Strategy (NBOS) dengan beberapa agensi/institusi/individu yang berkepentingan bagi membangun kelompok seperti komuniti desa dan pinggir bandar dalam bidang pendidikan dan agama islam.
- Menggalakkan penglibatan masyarakat dan pemimpin setempat, guru-guru, ibubapa dan murid-murid untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah dan memperkasakan komuniti dari sudut sosioekonomi.
- Meningkatkan sahsiah serta penglibatan murid dalam aktiviti bermanfaat di dalam dan luar sekolah dengan penglibatan kelas Al-Quran dan Fardu Ain.
Bentuk/Jenis Bantuan
- Latihan Tenaga Pengajar (TOT)
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berasaskan kepada Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran (RPP) 30 jam pembelajaran ABAHATA yang akan dikendalikan oleh IPAQ.
- Kelas pembelajaran ABAHATA
Kelas pembelajaran dengan menggunakan modul ABAHATA dan kaedah pembelajaran berkonsepkan fun and active learning selama 30jam yang akan dijalankan oleh guru-guru bertauliah TOT. Pemantauan akan dilakukan oleh IPAQ sebanyak 3 kali bagi memastikan keberhasilan dan keberkesanan kepada pelajar-pelajar.
Kumpulan Sasar
1.Pemilihan pelajar :
- Terbuka : Dewasa 18 keatas
- Sekolah : 7 – 17 tahun
- Pelajar yang buta huruf Al Quran tidak boleh membaca dan menulis huruf hija’yah.
- Terbuka kepada peserta beragama Islam dan tidak beragama.
- Kerjasama :
- Sekolah
- Jabatan Agama
- Pusat Pemulihan
2. Pemilihan guru TOT : Dewasa 18 keatas
- Yang boleh membaca dan menulis huruf hija’yah.
- Beragama Islam dan tidak beragama.
- Kerjasama :
- Sekolah
- Jabatan Agama
- Pusat Pemulihan