Teras Sosial Bisnes

Pengenalan

Objektif Projek Pasaraya YaPEIM atau YaPEIM’s Mart adalah seperti berikut:

  • Melahirkan & membangunkan usahawan BUMIPUTERA dalam sektor Pemborongan & Peruncitan.
  • Platform memasarkan jenama CMASA & Pasaraya YaPEIM’s Mart.
  • Membekalkan keperluan barangan bagi sumbangan projek Food Bank YaPEIM

YaPEIM's MART

Sehingga kini, YaPEIM’s MART mempunyai 5 cawangan seluruh Malaysia. 

Kedai dibawah selengaraan YaPEIM ini membekalkan barangan asas, barangan kering dan juga barangan keperluan. Sesuai dengan misi untuk menjuarai dan membantu ekonomi umat islam khususnya dan Malaysia amnya, 

70 peratus daripada produk jualan diambil dari usahawan muslim dan selebihnya merupakan produk nasional. Ia beroperasi dari jam 8:00 pagi sehingga 10:00 malam setiap hari. 

Cawangan-cawangan YaPEIM’s Mart adalah seperti berikut :

  • Guar Cempedak, Kedah ( ditubuhkan pada 26 November 2014)
  • Sungai Lalang, Kedah ( ditubuhkan pada 2 Julai 2015)
  • Permatang Sintok, Pulau Pinang ( ditubuhkan pada 31 Mac 2016)
  • Hutan Melintang, Perak ( ditubuhkan pada 2 Julai 2016)
  • Sungai Dua, Pulau Pinang ( ditubuhkan pada 25 November 2016)

Produk & Perkhidmatan

  • Pembekal barangan keperluan (dry goods) kepada projek Food Bank YaPEIM
  • Pendapatan
  • Mewujudkan 10 pasaraya bergerak & 1DC
  • Aksesibiliti ke kawasan luar bandar
  • Penyertaan dalam program jualan masjid/ekspo/carnival
  • Pembekalan kepada peruncit
  • Ejen penghantaran pesanan produk CMASA.my
  • Menjadikan YaPEIM’s Mart sebagai pusat pengumpulan recycle centre
  • Pilot projek akan dimulakan di cawangan Hutan Melintang
  • Fokus kepada pengumpulan minyak masak yang telah digunakan
  • Pelanggan menerima manfaat baucer tunai

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi ibu pejabat YaPEIM’s Mart seperti berikut :

Koperasi Khairat Warga YaPEIM Berhad (YaPEIM’s Mart)
Bangunan Pusat Teknologi dan Inovasi Antarabangsa YaPEIM,
No. 58 & 60, Jln Kg Attap
50460 KUALA LUMPUR

No Telefon : 03-2276 2845

Email : halalpoint@yapeim.my

Website : kyte.site