Soalan Lazim

Rakan Strategik Infaq

Kaedah menyumbang kepada YaPEIM

Kami di YaPEIM amat mengalu-alukan sumbangan tidak kira sama ada dari individu Rakan Strategik Infaq (RSI) ataupun Rakan Strategik Korporat (RSK). Sumbangan tuan/puan akan dimasukkan ke Tabung Amanah YaPEIM bagi tujuan pelaksanaan aktiviti kebajikan dan amal jariah YaPEIM.

Rakan Strategik Infaq atau RSI merujuk kepada penyumbang yang melakukan sumbangan melalui pelbagai saluran yang disediakan YaPEIM, sama ada secara potongan gaji atau sumbangan “one-off” di portal online Inspirasi Qaseh YaPEIM

Rakan Strategik Korporat atau RSK merujuk kepada syarikat korporat yang melakukan sumbangan atau tajaan untuk aktiviti amal jariah yang dijalankan YaPEIM.

Permohonan baru atau penambahan sumbangan boleh dibuat dengan mengisi Borang Persetujuan Sadaqatul Jariah Skim Potongan Gaji YaPEIM.

  1. Dengan memuat turun borang melalui website RSI – Inspirasi Qaseh
  2. Melalui cawangan-cawangan Ar-Rahnu YaPEIM yang berhampiran
  3. Melalui emel ke spg@yapeim.my atau hubungi 03-5614 9600

Permohonan boleh dibuat melalui email spg@yapeim.my atau hubungi Divisyen Sumber Dana (Seksyen Dana Runcit) di talian 03-5614 9600 

  1. Melalui Portal Inspirasi Qaseh YaPEIM
  2. Melalui imbas kod QR (kod QR boleh didapati di platform sosial media YaPEIM dan pejabat YaPEIM berdekatan anda)
  3. Secara terus melalui tabung fizikal yang disediakan di semua Cawangan Ar-Rahnu YaPEIM

Tiada sebarang pemulangan semula sumbangan yang telah dibuat. Setiap sumbangan dianggap ikhlas dan akan digunakan untuk aktiviti amal jariah YaPEIM melibatkan golongan yang memerlukan di seluruh negara. 

Boleh. Majikan hanya perlu menyediakan surat tuntutan lebihan caruman serta dokumen berkaitan dan emelkan ke ke spg@yapeim.my

Sumbangan ke Tabung Amanah YaPEIM akan disalurkan ke Program Pembangunan Sosioekonomi dan Amal Jariah YaPEIM seluruh negara melibatkan:

  • Program Pembangunan Usahawan
  • Program Pembangunan Komuniti Setempat
  • Program Pendidikan (Pembangunan Modul SPM)
  • Program Sinar Lestari
  • Program Kebajikan seperti Program Inspirasi Qaseh, Sinar Qaseh dan bantuan-bantuan lain

 

Nota: Ikuti perkembangan program YaPEIM melalui FB YaPEIM Official dan lain-lain akaun sosial media kami.

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh menghubungi kami melalui:-

  • Emel: spg@yapeim.my
  • Tel: 03-5614 9600
  • Faks: 03- 5614 9601

Terima kasih atas sokongan dan sumbangan anda untuk kami terus menyantuni golongan yang memerlukan.

Perkhidmatan

Ar Rahnu YaPEIM

  1. Ar Rahnu Prestij YaPEIM (tujuan umum)
  2. Ar Rahnu Emas YaPEIM (pemilik produk emas YaPEIM Gold)
  3. Ar Rahnu Bisnes YaPEIM (modal perniagaan)
  4. Ar Rahnu Didik YaPEIM (tunai untuk pendidikan)
  5. Ar Rahnu Care (ditimpa musibah)
  6. Perkhidmatan Simpan Emas
  • Boleh hadir ke mana-mana cawangan Ar Rahnu YaPEIM yang berdekatan
  • Membuat bayaran  yuran keahlian sebanyak RM10.00 baGI seumur hidup
  • Membawa barang emas untuk cagaran
  • Membawa MyKad/ kad pengenalan
  • Memberikan maklumat waris dengan lengkap
  • Mengisi borang permohonan gadaian yang disediakan
  • Tempoh gadaian asas (tempoh matang) adalah selama 6 bulan
  • Tempoh lanjutan pertama adalah selama 2 bulan
  • Tempoh lanjutan kedua adalah selama 2 bulan
  • Jika telah melebihi tempoh tersebut iaitu 10 bulan, barang gadaian akan dilelong. Pembaharuan gadaian (gadaian semula) adalah dibenarkan tetapi perlu membayar upah simpan
  • Barang kemas akan diuji untuk dinilai mutunya
  • Barang kemas akan ditimbang untuk mengetahui berat barang tersebut
  • Mengisi dokumen yang diperlukan
  • Anggaran masa proses dijalankan dalam  15 minit (bagi setiap artikel dan dalam keadaan/situasi urusniaga yang normal)
  • Membawa salinan Surat Akuan Gadaian (SAG) yang berwarna biru (salinan penggadai) dan kad pengenalan
  • Bayaran yang perlu dibayar adalah : Jumlah Pinjaman + Upah Simpan
  • Penebusan boleh dibuat secaran ansuran atau sekaligus sebelum atau pada tarikh matang

YaPEIM Gold

YaPEIM Gold adalah kedai emas yang menjalankan perniagaan jual dan beli emas. Ar Rahnu YaPEIM menjalankan aktiviti Pajak Gadai Islam dan belian emas serta servis lain. Untuk maklumat berkenaan Ar Rahnu YaPEIM anda boleh layari www.arrahnuyapeim.net

YaPEIM Gold menjual emas fizikal iaitu barang kemas baru & terpakai (Premium preloved) serta bullion iaitu syiling & bar emas

Pembelian emas YaPEIM Gold boleh dibuat cawangan YaPEIM Gold dan juga melalui atas talian di laman web rasmi YaPEIM Gold.

Rujuk harga emas YaPEIM Gold di laman web rasmi YaPEIM Gold @ Facebook YaPEIM Gold

Melabur emas adalah menyimpan emas. Bagi penyimpanan emas secara fizikal, anda boleh membuat pembelian di mana-mana cawangan YaPEIM Gold Akses dan platform atas talian yang sah.

Bagi pelaburan akaun emas, anda boleh merujuk cawangan Ar Rahnu YaPEIM.

Produk Barangan Kemas : Mutu 916

Produk Bullion : Mutu 999

Pembelian boleh dibuat di laman web YaPEIM Gold dan Aplikasi DIYA.

Insurans pengeposan memberikan perlindungan terhadap pesanan pelanggan sepanjang ia berada di hub kurier sahaja.