Program Penyerahan Sumbangan Food Bank YaPEIM 1.0 – Daging Segar

YaPEIM Santuni Penghuni Rumah Pengasih

KUALA LUMPUR, 28 Feb 20 – YAYASAN Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) mengorak langkah dalam menyantuni pelbagai lapisan masyarakat dengan mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Foodbank YaPEIM 1.0 – Daging Segar.

Inisiatif terbaharu YaPEIM dalam mempelbagaikan sumbangan dibawah Program Foodbank YaPEIM 1.0 ini dengan memberikan sumbangan berupa daging segar mencerminkan keprihatinan YaPEIM dalam membantu masyarakat dari kumpulan yang memerlukan yang telah dikenalpasti dengan rakan strategik.

Bagi majlis ini sempena bulan Anti Dadah 2020, kerjasama diadakan bersama Malaysian Substance Abuse Council (MASAC) dan rumah pemulihan (rehabitasi) dari sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bertempat di Pengasih Malaysia, Kuala Lumpur. Lima buah rumah ahli gabungan MASAC iaitu Pengasih, Rumah Sahabat, Astana Budi, Pondok Inabah dan Rumah Ikhtiar.

Tiga komponen utama program ini iaitu kenduri, penyerahan daging segar sejumlah 200 kilogram dan sumbangan barangan keperluan asas kepada penghuni rumah dibawah gabungan MASAC dan rumah pemulihan. Majlis bermula dengan kenduri secara gotong royong melibatkan staf Pengasih bersama Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri Selangor dan warga YaPEIM.

Turut menjayakan majlis ini ialah Masjid Hospital Sungai Buloh yang memberikan sumbangan berupa barangan keperluan asas (dry food) seperti beras,gula,tepung, dan sardin sebanyak 50 set yang disampaikan kepada penghuni rumah dibawah ahli gabungan MASAC.

Majlis ini telah dihadiri oleh Puan Parihah Hasan, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Tuan Haji Ramli Abdul Samad, Presiden Pengasih yang juga Timbalan Presiden MASAC, En Wan Syahrul Amry Wan Mansor, Pengurus Kandungan Radio Zayan serta Pengurusan YaPEIM. Seramai 300 orang tetamu terdiri daripada penghuni rumah pemulihan dan agensi-agensi pembimbing yang turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

©️ BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT YaPEIM

#yapeim #memacukejayaanbersama #february2020 #rahmah #rahmatanlilalamin #ingatkebajikaningatyapeim #foodbank #b40 #pengasih