Program Inspirasi Musaadah Aidilfitri YaPEIM Santuni Petugas Media

KUALA LUMPUR, 20 Mei 2020 – Sejumlah 4 agensi media disantuni oleh YaPEIM melalui sumbangan Program Inspirasi Musaadah Aidilfitri YaPEIM.

Sumbangan Foodbank YaPEIM 2.0 berupa barangan keperluan asas seperti beras, minyak serta daging segar diberikan kepada agensi media antaranya Astro Awani, Radio Zayyan, BERNAMA dan IKIM FM. Sejumlah 80 pek sumbangan diberikan sebagai tanda keprihatinan YaPEIM kepada petugas media.

Sumbangan diserahkan oleh Pn Parihah Hasan, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM dan turut hadir bersama Pengurusan Utama YaPEIM serta Pengurus Negeri Pusat Pentadbiran YaPEIM Kuala Lumpur.

Terima Kasih kepada semua penyumbang Tabung Amanah YaPEIM