Program Food Bank YaPEIM 1.0 – Ready To Eat di Politeknik Kuching, Sarawak

YaPEIM salur sumbangan berbentuk pek makanan sedia di makan (ready to eat) Foodbank YaPEIM 1.0 kepada 400 orang pelajar yang kurang mampu dari kelompok B40.

Inisiatif YaPEIM memperkenalkan Program Foodbank YaPEIM 1.0 kepada masyarakat kurang berkemampuan khususnya pelajar dalam kelompok B40 di institusi pengajian tinggi ini diharap dapat membantu mereka berjimat sekaligus mencapai matlamat asas pelaksanaan program iaitu mengurangkan beban ditanggung golongan sasar

Pengagihan bantuan food bank ini dilakukan dengan kerjasama Gerakan Pengguna Siswa Politeknik Kuching Sarawak yang membantu mengenalpasti pelajar yang layak untuk menerima bantuan.

Semoga Allah merahmati para penyumbang ke Tabung Amanah YaPEIM dan sekaligus dapat memberi manfaat dan meringankan bebanan penerima.