Pesakit kronik dibantu YaPEIM

Parit, 16 Oktober – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyampaikan sumbangan Musaadah COVID-19 kepada pesakit kronik Sharayah Hashim di Kampung Bawah Bungor dan Kahirudin Hamzah di Kampung Padang Bola, di sini, semalam.

Sharayah dikenal pasti menghidap penyakit kencing manis menyebabkan kedua kakinya dipotong.

Beliau turut mengalami masalah hilang ingatan, hilang deria penglihatan dan deria pendengaran yang mana pada masa kini beliau diuruskan sepenuhnya oleh adik kandungnya.

Manakala bagi Khairudin pula kesihatannya semakin merosot di samping pendapatan yang tidak menentu memandangkan beliau turut menguruskan isterinya yang terlantar sakit akibat pendarahan dalam otak.

Bantuan yang disalurkan YaPEIM kali ini berupa baranan keperluan harian seperti beras, tepung, minyak, dan susu termasuk wang tunai bernilai RM100.

Sumbangan telah diserahkan Pegawai Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri (PPYN) Perak kepada penerima bantuan.

Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban penerima.

Terima Kasih Penyumbang Tabung Amanah YaPEIM.