Penduduk Orang Asli Teruja Terima Sumbangan Food Bank 2.0

Kinta, 12 Ogos – Penduduk perkampungan Orang Asli Suluh, Ulu Kinta, di sini gembira dan bersyukur dengan sumbangan barangan keperluan asas menerusi program Food Bank YaPEIM 2.0, hari ini.

Rata-rata penduduk yang ditemui tidak menyangka akan menerima bantuan berupa beras, minyak masak dan beberapa barangan dapur lain yang disifatkan dapat meringankan beban keluarga mereka.

Program diadakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Kinta serta Sukarelawan Hospital Sungai Buloh.

Untuk rekod sebanyak 50 bungkusan barangan keperluan asas diagihkan kepada masyarakat Orang Asli di perkampungan itu.