Menteri Agama Hargai Peranan dan Sumbangan YaPEIM

SUNGAI BESI, 12 Mac 20 – “Di kala orang ramai amat memerlukan sejumlah bantuan, terutama makanan dan minuman, saya kira ini merupakan salah satu program yang hadir tepat pada masanya”, itulah antara kata-kata yang diungkapkan oleh YB Senator Dato’ Seri Dr. Zulkifli Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Tambahnya lagi, “Usaha YaPEIM melaksanakan program sebegini juga memerlukan sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berlaku kesinambungan, sesiapa yang dapat menghulurkan derma dan sumbangan kepada YaPEIM, ia amat dialu-alukan,” katanya kepada media selepas merasmikan program itu.

Beliau ditemui, ketika merasmikan program Foodbank Daging Segar 1.0 YaPEIM di Masjid Jamek Ibnu Khaldun di sini hari ini.

Seramai 300 orang penerima yang rata-rata tergolong dalam golongan B40 sekitar Sungai Besi diraikan dalam majlis tersebut.

Turut hadir memeriahkan majlis Datuk Mohd Daud Bakar, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Parihah Hasan, Pemangku Pengarah YaPEIM dan Tuan Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

#yapeim #memacukejayaanbersama #mac2020 #ingatkebajikaningatyapeim #foodbank #b40 #mymenteriagama #masjidibnukhaldun #sungaibesi