Kursus Sembelihan Dan Kenduri Komuniti Warga Hospital Selayang Sempena Program Foodbank YaPEIM.

Selayang, 10 Mac 20 – Buat julung kalinya, Hospital Selayang dengan kerjasama YaPEIM menganjurkan Kursus Sembelihan dan kenduri Komuniti warga Hospital Selayang.

Program yang dijalankan ini mendapat sokongan padu pelbagai pihak termasuk Pejabat Agama Daerah Selayang, Persatuan Kakitangan Warga Islam (PKWI). Turut dibantu oleh ahli Puspanita, Kelab Sukan, unit pentadbiran dan unit keselamatan.

Program hari ini adalah susulan daripada program agihan daging segar 1.0 kepada warga hospital Selayang di bawah paras B40 yang yel berlangsung pada 19 Februari yang lalu.

Majlis diraikan dengan kehadiran Pengarah Hospital Selayang, Dr. Sakinah Alwi dan Pengarah kesihatan Negeri Selangor, Dato’ Indera Dr. Sha’ari Ngadiman.

#yapeim #memacukejayaanbersama #mac2020 #inspirasiku #dagingsegaryapeim #pkwi #qurbanyapeim #ingatkebajikaningatyapeim #hospitalselayang #kendurikomuniti #puspanita #danainspirasimalaysia