Koperasi YaPEIM Berhad adakan mesyuarat agung

Kuala Lumpur, 29 Ogos – Seramai 625 anggota Koperasi YaPEIM Berhad bermesyuarat dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-24 di Pusat Konvensyen Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Cheras, di sini hari ini.

Mesyuarat dilangsungkan serentak di 11 lokasi seluruh negara menggunakan aplikasi video ‘Zoom’ yang ditayangkan secara langsung.

Mesyuarat dihadiri dan dirasmikan Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM Parihah Hasan. Hadir sama wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Rohana Isa serta pengurusan utama YaPEIM dan pengurusan Koperasi YaPEIM Berhad.

Turut berlangsung simbolik penyerahan kad perubatan kepada pegawai dan staf di bawah skim perkhidmatan Koperasi YaPEIM Berhad.