Jualan Mesra Sempena 36 Tahun Sambutan Ulang Tahun YaPEIM 1984 – 2020

PETALING JAYA, 24 JULAI 2020 – Sempena sambutan ulangtahun ke 36 Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), telah diadakan jualan mesra YaPEIM’s Mart dan Daging Segar di Perkarangan Bangunan Mentari, Bandar Sunway

Jualan yang dianjurkan ini terbuka kepada semua masyarakat dengan harga yang berpatutan. Barangan seperti sardine, kicap, gula, susu, tepung dan bermacam-macam lagi dijual dan mendapat sambutan hangat dari masyarakat.

Turut sama tidak melepaskan peluang untuk ke Jualan Mesra ini adalah YBhg Dato Haji Mohd Redza Shah Bin Abdul Wahid, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM bersama ahli LPA yang lain.

Rata-rata pengunjung yang hadir berpuas hati dengan barangan dan harga yang ditawarkan.