Iklan Jawatan Kosong Pegawai Pematuhan

Maklumat Jawatan:

  1. Kumpulan : Eksekutif
    Taraf Jawatan: Tetap / Kontrak
    Skala Gaji : RM4,500 hingga RM7,000
    Penempatan : Petaling Jaya, Selangor

DESKRIPSI TUGAS

  1. Melaksanakan semakan pematuhan secara berkala untuk memastikan prosedur dan polisi yang berkuat kuasa dipatuhi dalam YaPEIM dan IMP/IBK
  2. Menyiasat dan melapor sebarang pelanggaran pematuhan, melaksanakan langkah-langkah pembetulan serta tindakan pencegahan
  3. Memantau dan membuat analisa terhadap sebarang perubahan undang-undang semasa dan memberikan perkembangan terkini yang boleh memberi kesan kepada pengoperasian YaPEIM dan pihak berkepentingan.
  4. Mengenal pasti isu-isu pematuhan yang memerlukan tindakan susulan atau penyiasatan terperinci
  5. Membangunkan dan melaksanakan pelan kawalan dan pengukuran semakan terhadap pematuhan bagi memastikan amalan yang betul diwujudkan dalam organisasi YaPEIM dan IMP/IBK
  6. Menyediakan perkembangan dan pelaporan secara berkala kepada pihak Pengurusan YaPEIM, Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Audit dan Integriti dan Lembaga Pemegang Amanah.
  7. Membangun, melaksana dan mengemaskini SOP berkaitan agar selaras dengan undang-undang semasa.
  8. Membangun dan memantau pelaksanaan dan pematuhan ‘Service Legal Agreeement’(SLA)
  9. Membangun dan melaksanakan program-program kesedaran tentang amalan pematuhan terbaik, dasar dan polisi.

SYARAT PERMOHONAN

  1. Lulus Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Risiko, Sains Aktuari atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  2. Berpengalaman minimum 3 tahun pengalaman sebagai Pegawai Pematuhan (Compliance Officer)
  3. Berkemahiran dalam membuat analisis, penyelesaian masalah dan mampu memberikan penerangan yang baik berkaitan dengan pematuhan.
  4. Berorientasikan perincian, teratur dan berkemampuan untuk mengurus pelbagai keutamaan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
  5. Mempunyai kemahiran komunikasi yang sangat baik dan mampu bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan.
  6. Mempunyai sijil profesional berkaitan pematuhan seperti ‘Certified Compliance Profesional’ (CCP) adalah satu kelebihan
  7. Warganegara Malaysia dan berumur tidak melebihi 55 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

CARA MEMOHON:

  1. Sila kemukakan salinan resume, kad pengenalan, sijil akademik dan transkrip serta sijil-sijil lain yang berkaitan melalui e-mel ke psy@yapeim.my.
  2. Sila pastikan alamat e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi adalah yang terkini dan aktif.
  3. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.
  4. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa tiga (3) bulan  daripada tarikh tutup iklan dibuat, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
  5. Tarikh tutup permohonan ialah pada 16 Februari 2024.

Versi PDF -> Klik sini