Maklumat Jawatan:
- Nama Perjawatan : Ketua Unit Latihan dan Pembangunan Kerjaya
Kumpulan Perkhidmatan : Eksekutif Pengurusan (EP)
Gaji : Min RM 2,800.00 hingga Max RM 8,200.00
Status Perkhidmatan : Kontrak
DESKRIPSI TUGAS
- Melaksanakan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pembangunan sumber daya insani
- yang meliputi latihan dan pembangunan, bimbingan dan mentor, penilaian kompetensi, pengurusan
- pengetahuan dan latihan atas talian (e-learning) YaPEIM dan Kumpulan.
- Menyediakan dan melaksanakan analisis terhadap Training Need Analysis (TNA) bagi memastikan
keperluan latihan bagi setiap kakitangan YaPEIM dan Kumpulan YaPEIM. - Bertanggungjawab untuk menyediakan jadual latihan tahunan dan aktiviti latihan bagi kakitangan
YaPEIM dan Kumpulan YaPEIM. - Bertanggungjawab dalam memantau dan memberi laporan berkenaan keberkesanan latihan dan
pembangunan yang telah dilaksanakan. - Bertanggungjawab untuk menyemak, mengkaji, mengemaskini dan mencadang penambahbaikan
polisi, garis panduan dan SOP yang berkaitan dengan pembangunan sumber manusia dan
pelaksanaan polisi, garis panduan dan SOP tersebut termasuk sesi bengkel, taklimat, ‘town hall’ dan
perbincangan. - Membangunkan Pelan Pembangunan Kerjaya yang bersesuaian untuk peningkatan kerjaya
kakitangan YaPEIM dan Kumpulan YaPEIM.
SYARAT KELAYAKAN
- Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:
(a) Terbuka kepada semua warga Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk
mengisi kekosongan jawatan;
(b) Berumur tidak kurang daripada 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Mempunyai Ijazah Sarjana atau Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia atau
Pembangunan Sumber Manusia yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada Institusi
Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Mempunyai Doktor
Falsafah adalah satu kelebihan; dan
(d) Lulus Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
KELEBIHAN UTAMA
- Berpengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam pembangunan kerjaya atau pengurusan latihan organisasi.
- Berkemahiran dalam mengurus emosi, psikologi, kebajikan dan pembangunan sumber manusia.
- Mempunyai kemahiran berkomunikasi dan penulisan dengan baik sama ada dalam Bahasa Inggeris
dan Bahasa Melayu.
CARA MEMOHON:
Pemohon yang berminat dan memenuhi kelayakan seperti di atas, bolehlah menghantar permohonan seperti yang berikut:
- Pemohon yang berminat perlu mengemukakan resume/ Curricular Vitae (CV) yang lengkap (beserta
gambar passport dan salinan sijil-sijil berkaitan) dengan menyatakan sekurang-kurangnya dua (02)
rujukan. Resume yang lengkap hendaklah dihantar melalui emel ke psy@yapeim.my dan ditujukan
kepada Bahagian Sumber Daya Insani YaPEIM. - Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak
menerima apa-apa jawapan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh tutup iklan adalah dianggap
tidak berjaya. - Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Mei 2023 (Khamis)