Iklan Jawatan Kosong Ketua Divisyen Sumber Dana, Sosioekonomi & Amal Jariah

Kami ingin mempelawa permohonan daripada warganegara Malaysia tidak kurang daripada umur 40 tahun yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan secara kontrak sebagaimana yang berikut:

Maklumat Jawatan:

  1. Nama Perjawatan : Ketua Divisyen Sumber Dana, Sosioekonomi & Amal Jariah
    Jawatan : Pengarah Kanan
    Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Tertinggi (PT)
    Gred Jawatan : PT3
    Gaji : Min RM18,800.00 hingga Max RM 27,000.00
    Status Perkhidmatan : Kontrak (2 tahun)

DESKRIPSI TUGAS

  1. Memberi maklum balas dan cadangan di peringkat Pengurusan Tertinggi bagi mengintegrasikan hala tuju strategik organisasi dan melaksanakan visi dan misi secara berkesan.
  2. Memanfaatkan rangkaian kerjasama sedia ada dan baharu dengan sektor awam dan swasta bagi memaksimakan penjanaan dana peluang pelaburan, dan meningkatkan imej dan penjenamaan YaPEIM/IMP/IBK.
  3. Memimpin dan menyelaras urusan Divisyen Sumber Dana, Sosioekonomi & Amal Jariah dengan memastikan perancangan, pelaksanaan, promosi, pemantauan dan penambahbaikan aktiviti/program YaPEIM dan Kumpulan dilaksanakan berpandukan polisi Amal Jariah YaPEIM, garis panduan, SOP dan peruntukan bajet tahunan yang telah diluluskan.
  4. Memantau pengagihan dana dan pelaksanaan program/aktiviti pembangunan sosioekonomi, kebajikan dan bantuan bencana serta program pendidikan/komuniti YaPEIM agar dilaksanakan dengan berkesan dan menepati kumpulan sasaran.
  5. Memantau proses perancangan dan pelaksanaan inisiatif-inisiatif meningkatkan penjanaan pendapatan YaPEIM dengan mensasarkan institusi korporat dan penyumbang individu daripada sektor awam dan swasta, menggunakan pelbagai pendekatan inovatif dalam meningkatkan dana YaPEIM.
  6. Bertanggungjawab untuk merancang strategi-strategi yang bersifat jangka pendek dan panjang dalam meningkat pengurusan perhubungan dan penghargaan dengan kumpulan sasaran serta meningkatkan aktiviti promosi dan publisiti program/aktiviti YaPEIM dan menyebarluaskan fungsi, peranan dan nilai-nilai murni YaPEIM.
  7. Memanfaatkan rangkaian kerjasama sedia ada dan baharu dengan sektor awam dan swasta bagi memaksimakan penjanaan dana dan peluang pelaburan, dan meningkatkan imej dan penjenamaam YaPEIM/IMP/IBK.

SYARAT KELAYAKAN

  1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

(a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia.
(b) Berumur tidak kurang daripada 40 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
(c) Minima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Pemasaran, Komunikasi Korporat atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Sarjana muda kepujian diberi keutamaan).
(d) Mempunyai pengalaman minima 10 tahun dalam bidang yang berkaitan dan pengalaman minima 4 tahun yang terakhir dalam tahap Pengurusan dalam bidang yang sama.
(e) Berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang perhubungan korporat dengan agensi kerajaan, institusi swasta dan pihak yang dikenal pasti.
(f) Mempunyai rangkaian kerjasama dengan sektor awam dan swasta bagi melicinkan urusan pelaksanaan program/aktiviti.
(g) Berfikiran terbuka dan bersedia untuk menerima pandangan pihak lain dalam memastikan keberkesanan program/aktiviti yang dianjurkan.
(h) Berkemampuan untuk menyelaras/mengembeleng potensi luar dan dalam organisasi.
(i) Berpengalaman dan berpengetahuan dalam pengurusan pembangunan program.
(j) Peka dengan keadaan sosioekonomi semasa dan berupaya berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat bagi meningkatkan dan menambahbaik program/aktiviti termasuk mendapatkan sumber dana bagi menjalankan program/aktiviti yang dirancang.

CARA MEMOHON:

Pemohon yang berminat dan memenuhi kelayakan seperti di atas, bolehlah menghantar permohonan seperti yang berikut:

  1. Resume/ Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi maklumat peribadi (termasuk alamat emel), tahap pendidikan (sertakan dokumen sokongan sebagai lampiran).
  2. Maklumat penuh permohonan hendaklah dihantar atau diterima selewat-lewatnya pada 20 Februari 2023 (Isnin) ke alamat seperti berikut:

    YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YaPEIM)
    No. 46E-1, MENTARI BUSINESS PARK
    JALAN PJS 8/2, DATARAN MENTARI
    46150 PETALING JAYA
    SELANGOR DARUL EHSAN

  3. Atau melalui emel ke psy@yapeim.my

    Nota:
    i. Hanya calon yang memenuhi kelayakan sahaja akan dihubungi
    ii. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan dibuat, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Versi PDF -> Klik sini