Iklan Jawatan Kosong Ketua Divisyen Kewangan (TUTUP)

Kami ingin mempelawa permohonan daripada warganegara Malaysia tidak kurang daripada umur 40 tahun yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan secara kontrak (person to holder) sebagaimana yang berikut:

Maklumat Jawatan:

  1. Nama Perjawatan : Ketua Divisyen Kewangan
    Jawatan : Pengarah Kanan
    Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Profesional (PP)
    Gred Jawatan : PT3
    Gaji : Min RM18,000.00 hingga Max RM 28,000.00
    Status Perkhidmatan : Kontrak (2 tahun + 1 tahun)

DESKRIPSI TUGAS

  1. Memantau kedudukan kewangan dan menguruskan kelestarian aliran tunai syarikat;
  2. Merancang kewangan dan menganalisis kekuatan dan kelemahan kewangan syarikat dan anak – anak syarikat syarikat;
  3. Memastikan syarikat dapat memaksimumkan hasil dan mengawal perbelanjaan dengan berkesan;
  4. Membantu Pengurusan Utama (Management) membuat keputusan yang baik dengan berdasarkan analisa data – data kewangan – sama ada yang lampau, terkini atau masa hadapan (unjuran);
  5. Bertanggungjawab memastikan syarikat berupaya untuk membayar tanggungan dan liabiliti jangka pendeknya pada masa yang ditetapkan;
  6. Bertanggungjawab untuk memberi tumpuan strategik dalam memastikan pulangan pelaburan (ROI) yang kukuh untuk syarikat
  7. Bertanggungjawab ke atas pemodelan kewangan berdasarkan bukan sahaja pada prestasi masa lalu syarikat tetapi pada faktor dalaman dan luaran yang mungkin menjejaskan hasil dan perbelanjaan syarikat.
  8. Bertanggungjawab untuk menyediakan dan membentang Laporan kewangan termasuk kunci kira-kira dan P&L serta penyata aliran tunai kepada pihak atasan termasuk Ahli Lembaga Pengarah YaPEIM dari semasa ke semasa.
  9. Bertanggungjawab menjaga, menguruskan dan menjalankan operasi perakaunan dan kewangan harian di Divisyen Kewangan;
  10. Bertanggungjawab ke atas kecairan, hutang dan aset syarikat termasuk sebarang pelaburan yang mungkin dimiliki oleh syarikat, sama ada aset fizikal, seperti bangunan dan peralatan, atau pelaburan kewangan
  11. Bertanggungjawab dalam mengeluarkan strategi dan ramalan melibatkan penggunaan data dan laporan yang tersedia, sama ada dalaman atau luaran, untuk memberi nasihat kepada syarikat tentang bidang termasuk pembangunan produk, pengembangan pasaran, pengurusan modal insan, M&A dan pelaburan modal;
  12. Bertanggungjawab menambahbaik proses kerja sedia ada dengan proses yang lebih kos efektif dan berkesan
  13. Melatih Bahagian Kewangan dan staf yang lain tentang pengurusan kewangan;
  14. Terlibat dalam urusan pentadbiran syarikat;
  15. Menyertai mesyuarat dan program yang melibatkan syarikat; dan
  16. Menjaga hubungan baik antara staf dan pihak luar.

SYARAT KELAYAKAN

  1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

(a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang daripada 40 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Mempunyai Doktor Falsafah atau Ijazah Sarjana atau Ijazah Sarjana Muda Kewangan/ Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(d) Lulus Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM):
(e) Mempunyai kelayakan Professional seperti ACCA, CPA, ICAEW ACA dan sebagainya diberikan keutamaan; dan
(f) Ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA).

KELEBIHAN UTAMA

  1. Berpengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang berkaitan dan pengalaman minima 4 tahun yang terakhir dalam tahap Pengurusan dalam bidang yang sama
  2. Berkemampuan untuk menguruskan bebanan kerja yang berkaitan serta mempunyai sifat interpersonal, kepemimpinan, komunikasi dan kemahiran IT;
  3. Berkeupayaan untuk bekerja dengan masa yang ditetapkan dan mengutamakan keperluan kerja yang penting;
  4. Mempunyai kemahiran berkomunikasi dan penulisan dengan baik sama ada dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.

CARA MEMOHON:

Pemohon yang berminat dan memenuhi kelayakan seperti di atas, bolehlah menghantar permohonan selewat – lewatnya pada 15 November 2022 seperti yang berikut:

  1. Resume/ Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi maklumat peribadi (termasuk alamat emel), tahap pendidikan (sertakan dokumen sokongan sebagai lampiran), pengalaman kerja dan pencapai dalam bidang berkaitan seta sekeping gambar berukuran passport.
  2. Maklumat penuh permohonnan hendaklah dihantar atau diterima selewat-lewatnya pada 15 November 2022 ke alamat seperti berikut:

    YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YaPEIM)
    No. 46E-1, MENTARI BUSINESS PARK
    JALAN PJS 8/2, DATARAN MENTARI
    46150 PETALING JAYA
    SELANGOR DARUL EHSAN

  3. Atau melalui emel ke psy@yapeim.my

    Nota:
    i. Hanya calon yang memenuhi kelayakan sahaja akan dihubungi
    ii. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan dibuat, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Versi PDF -> Klik sini