Iklan Jawatan Kosong Ketua Bahagian Sumber Daya Insani

Maklumat Jawatan:

  1. Nama Perjawatan : Ketua Bahagian Risiko Sumber Daya Insani
    Jawatan : Pengurus Kanan
    Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Profesional (PP)
    Gred Jawatan : PP3
    Gaji : Min RM 8,200.00 hingga Max RM 12,700.00
    Status Perkhidmatan : Kontrak

DESKRIPSI TUGAS

  1. Bertanggungjawab atas perancangan, pelaksanaan operasi dan pemantauan penyampaian
    perkhidmatan sumber manusia, pengurusan operasi dan pembangunan sumber daya insani bagi
    YaPEIM dan Kumpulan.
  2. Melaksanakan perancangan dan pelaksanaan sumber meliputi perancangan sumber, rekabentuk
    organisasi, rekabentuk kerja, pengambilan dan penempatan staf YaPEIM dan Kumpulan mengikut
    kesesuaian dan keperluan.
  3. Bertanggungjawab atas pengurusan operasi yang meliputi pemprosesan penggajian YaPEIM dan
    Kumpulan.
  4. Bertanggungjawab atas pengurusan sistem maklumat sumber manusia, pentadbiran penilaian
    prestasi staf dan mengemaskini petunjuk-petunjuk prestasi utama sumber manusia YaPEIM dan
    Kumpulan
  5. Memastikan pengisian dan/atau pengemaskinian kemajuan KPI dan sasaran YaPEIM dan Kumpulan
    secara berkala (setengah tahunan) dan konsisten berdasarkan kriteria dan menggunakan format
    sistem pengurusan prestasi yang ditetapkan.
  6. Bertanggungjawab atas urusan kebajikan staf YaPEIM dan Kumpulan.
  7. Bertanggungjawab atas pengurusan salah laku staf YaPEIM dan Kumpulan.
  8. Melaksanakan perancangan, petauan dan pembangunan sumber daya insani yang meliputi latihan dan pembangunan, bimbingan dan mentor, penilaian kompetensi, pengurusan pengetahuan dan latihan atas talian (e-learning) YaPEIM dan Kumpulan.
  9. Bertanggungjawab untuk memastikan peruntukan belanjawan bagi sumber manusia diurus dan
    ditabdir secara berkesan.
  10. Bertanggungjawab untuk menyemak, mengkaji, mengemaskini dan mencadang penambahbaikan
    polisi, garis panduan dan SOP yang berkaitan dengan sumber manusia dan pelaksanaan polisi, garis panduan dan SOP tersebut termasuk sesi bengkel, taklimat, ‘town hall’ dan perbincangan.
  11. Membangunkan petunjuk-petunjuk prestasi utama (key performance indicators) dengan Bahagian Perancangan dan Penyelerasan dan menyediakan strategi pelaksanaan untuk mencapai KPI.
  12. Berperanan sebagai wakil YaPEIM dan Kumpulan berkenaan urusan sumber daya insani dengan
    pihak luar.
  13. Membuat analisa atas kedudukan sumber daya insani dan pelaporan berkala YaPEIM dan Kumpulan kepada Ketua Pegawai Eksekutif/ Ketua Pengarah YaPEIM, Jawatankuasa Khusus dan Lembaga Pemegang Amanah (LPA)/ Lembaga Pengarah (LP)/ Ahli Lembaga Koperasi (ALK).

SYARAT KELAYAKAN

  1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:
    (a) Terbuka kepada semua warga Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk
    mengisi kekosongan jawatan;
    (b) Berumur tidak kurang daripada 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    (c) Mempunyai Ijazah Sarjana atau Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia atau
    Pembangunan Sumber Manusia yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada Institusi
    Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Mempunyai Doktor
    Falsafah adalah satu kelebihan; dan
    (d) Lulus Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

KELEBIHAN UTAMA

  1. Berpengalaman sekurang-kurangnya 12 tahun dalam pengurusan sumber manusia/ pengurusan
    pembangunan organisasi.
  2. Berfikiran strategik dalam pengurusan sumber manusia, penganalisis maklumat dan data dan
    menyediakan alternatif kepada penyelesaian isu-isu berkaitan sumber manusia.
  3. Berkemahiran dalam mengurus emosi, psikologi, kebajikan dan pembangunan sumber manusia.
  4. Mempunyai kemahiran berkomunikasi dan penulisan dengan baik sama ada dalam Bahasa Inggeris
    dan Bahasa Melayu.
  5. Berpengetahuan luas dalam undang-undang melibatkan tanggungjawab majikan.

CARA MEMOHON:

Pemohon yang berminat dan memenuhi kelayakan seperti di atas, bolehlah menghantar permohonan seperti yang berikut:

  1. Pemohon yang berminat perlu mengemukakan resume/ Curricular Vitae (CV) yang lengkap (beserta
    gambar passport dan salinan sijil-sijil berkaitan) dengan menyatakan sekurang-kurangnya dua (02)
    rujukan. Resume yang lengkap hendaklah dihantar melalui emel ke psy@yapeim.my dan ditujukan
    kepada Bahagian Sumber Daya Insani YaPEIM.
  2. Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak
    menerima apa-apa jawapan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh tutup iklan adalah dianggap
    tidak berjaya.
  3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Mei 2023 (Isnin)

Versi PDF -> Klik sini