Iklan Jawatan Kosong Ketua Bahagian Risiko

Maklumat Jawatan:

  1. Nama Perjawatan : Ketua Bahagian Risiko
    Jawatan : Pengurus
    Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Profesional (PP)
    Gred Jawatan : PP6
    Gaji : Min RM 5,400.00 hingga Max RM 9,900.00
    Status Perkhidmatan : Kontrak (2 tahun + 1 tahun)

DESKRIPSI TUGAS

  1. Merancang, mengurus, melaksana dan memantau Rangka kerja Pengurusan Risiko YaPEIM dan Kumpulan, antara lain, dengan mewujudkan Daftar Risiko (Risk Register).
  2. Memastikan risiko-risiko utama sentiasa dikenalpasti, dinilai, diurus, dipantau dan dilaporkan dengan sewajarnya secara berterusan kepada Jawatankuasa Pengurusan Risiko.
  3. Membangunkan dan/atau menyemak polisi garis panduan dan SOP serta mengemaskinikan dokumen-dokumen tersebut dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
  4. Mengkaji, membuat penanda aras berbanding organisasi-organisasi lain dan mengemaskini kaedah pengurusan risiko yang digunakan di YaPEIM dan Kumpulan.
  5. Menyemak dan mengkaji profil risiko YaPEIM dan Kumpulan dan mengemaskini profil risiko secara berterusan.
  6. Memastikan keseluruhan proses pengurusan risiko berjalan dengan lancar dan diselaraskan di semua peringkat di YaPEIM dan Kumpulan.
  7. Mengenalpasti strategi menangani risiko dengan menyemak pelan dan aktiviti mitigasi yang dilaksanakan di setiap peringkat serta keberkesanannya.
  8. Menyemak laporan ulasan risiko/daftar risiko untuk setiap projek baru yang ingin dilaksanakan di YaPEIM dan Kumpulan.
  9. Menyemak semua laporan risiko yang disediakan oleh staf bagi memenuhi keperluan mana-mana bahagian / pihak yang memerlukan pandangan/ulasan Bahagian Pengurusan Risiko.
  10. Mengurus dan memastikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Risiko berjalan dengan lancar dan mematuhi Terma Rujukan yang telah ditetapkan dan persediaan yang perlu dibuat, seperti buku mesyuarat/dokumen adalah lengkap dan memenuhi keperluan/kehendak Jawatankuasa.

SYARAT KELAYAKAN

  1. Berumur tidak kurang daripada 35 tahun daripada tarikh tutup iklan;
  2. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bisnes Pentadbiran atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  3. Mempunyai Sijil Pegawai Integriti Bertauliah atau Certified Integrity Officer (CeIO). Pernah menghadiri kursus CeIO yang dianjurkan oleh pihak Akademik Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) adalah satu kelebihan;
  4. Sekurang-kurangnya mempunyai pengalaman lapan (08) tahun dalam urusan integriti dan tadbir urus; dan
  5. Mempunyai kemahiran interpersonal, komunikasi dan kepimpinan

CARA MEMOHON:

Pemohon yang berminat dan memenuhi kelayakan seperti di atas, bolehlah menghantar permohonan seperti yang berikut:

  1. Resume/ Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi maklumat peribadi (termasuk alamat emel), tahap pendidikan (sertakan dokumen sokongan sebagai lampiran), pengalaman kerja dan pencapai dalam bidang berkaitan seta sekeping gambar berukuran passport.
  2. Maklumat penuh permohonan hendaklah dihantar atau diterima selewat-lewatnya pada 15 MEI 2023 (Isnin) ke alamat seperti berikut:

    YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YaPEIM)
    No. 46E-1, MENTARI BUSINESS PARK
    JALAN PJS 8/2, DATARAN MENTARI
    46150 PETALING JAYA
    SELANGOR DARUL EHSAN

  3. Atau melalui emel ke psy@yapeim.my

    Nota:
    i. Hanya calon yang memenuhi kelayakan sahaja akan dihubungi
    ii. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan dibuat, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Versi PDF -> Klik sini