Foodbank YAPEIM 1.0 Sumbang Daging Lembu Segar Kepada 300 Penerima Sekitar Sungai Besi

SUNGAI BESI, 12 Mac — Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) malam ini menyerahkan bantuan daging lembu segar kepada 300 penerima di sekitar Sungai Besi menerusi Program Foodbank 1.0 agensi itu.

Program itu, yang berlangsung di Masjid Jamek Ibnu Khaldun di sini, dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Zulkifli ketika ditemui berkata program itu adalah sebahagian daripada inisiatif baharu yang diambil YaPEIM untuk menyantuni orang ramai daripada kalangan B40, penuntut Institusi Pengajian Tinggi terpilih dan juga mangsa yang terlibat dengan bencana.

Berita penuh di pautan berikut:-

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1820865

#yapeim #memacukejayaanbersama #mac2020 #ingatkebajikaningatyapeim #foodbank #b40 #mymenteriagama