YaPEIM lawat warga emas yang kehilangan tempat tinggal

Perlis, 3 Disember – Sayu melihat keadaan tapak rumah pak cik Hassan Ali, 70, yang ranap dalam kebakaran di Kampung Perawah, Bukit Keteri, di sini, pada 18 Oktober lalu.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu menyebabkan pak cik Hassan dan keluarganya kehilangan tempat tinggal dan kini menetap secara sementara di surau di kampung itu.

YaPEIM mengambil maklum mengenai situasi yang menimpa pak cik Hassan dan tampil meninjau ke kawasan rumahnya hari ini.

Lawatan diketuai Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihah Hasan, pengurusan tertinggi serta warga kerja YaPEIM turut bertanya khabar kepada pak cik Hassan dan keluarganya.

YaPEIM turut menyerahkan sumbangan Foodbank 2.0 berupa barangan keperluan asas kepada keluarga berkenaan dalam lawatan itu.