YaPEIM bantu waris mangsa letupan

SHAH ALAM 31 Dis 19 – KEBAJIKAN 4 orang anak Allahyarham Badrul Niezam @Maidin Baharom yang meninggal dunia akibat letupan premis dobi, Oktober lalu, tidak diabai Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPElM) apabila tampil menyumbang RM9,600.

Bantuan Sinar Kasih itu diserah oleh Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihah Hasan ketika melawat balu mangsa, Haizira Baharudin di Wad Hospital Avisena, Shah Alam sebagai menyantuni waris mangsa yang memerlukan.

Balu empat anak berusia 9 hingga 18 tahun itu ditemui ketika menemani anaknya Nur Anis Ellysa, 15 cedera dan melecur 47 peratus di hospital.

Badrul Niezam disahkan meninggal dunia 10 hari selepas kejadian di Hospital Sungai Buloh akibat melecur hampir 75 peratus.