Teras Bisnes Sosial

Tabung Ibadah Qurban YaPEIM (TaQY) merupakan inisiatif Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dalam menangani permasalahan ummah khususnya berkaitan Ibadah Qurban dan Aqiqah di samping memperkukuh ekonomi ummah dan masyarakat setempat. 

TaQY digerakkan oleh Koperasi Ibadah Qurban YaPEIM Berhad (KIQYB) yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 17 Jun 2011 bersamaan 15 Rejab 1432H.

Antara Objektif utama penubuhan tabung ini termasuklah :

  1. Meningkatkan kesedaran dan penyertaan masyarakat dalam pelaksanaan ibadah qurban secara terancang.
  2. Menyediakan kemudahan tabungan bayaran qurban secara ansuran.
  3. Melaksana dan mengagihkan daging qurban secara terancang untuk manfaat yang optimum kepada masyarakat Islam secara keseluruhan.

Aktiviti utama taqy

i. TaQY – Menjadi ahli Koperasi Ibadah Qurban YaPEIM Berhad (KIQYB) dengan pendaftaran RM 10.00 (seumur hidup) dan berumur 18 tahun dan ke atas.

ii. TaQY Junior – Menjadi ahli KIQYB dengan pendaftaran RM 2.00 (seumur hidup) dan berumur kurang daripada 18 tahun.

iii. Maklumat lanjut berkaitan Tabungan boleh layari di portal (http://ibadahkorban.my/v2/)

i. Pelaksanaan PIQY melibatkan haiwan ternakan seperti Lembu, Kambing dan Kerbau.

ii. Pelaksanaan meliputi Seluruh Malaysia dan negara luar yang tepilih.

iii. Menyediakan juga perkhidmatan tambahan seperti Travelog Qurban.

i. Keterlibatan masyarakat umum dalam menyalurkan sumbangan bagi pelaksanaan Ibadah Qurban.

ii. Program yang menyalurkan sumbangan haiwan ternakan bagi pelaksanaan Ibadah Qurban.

iii. Program ini juga menyalurkan sumbangan Amal Jariah Qurban dalam bentuk barangan dapur dan kenduri yang meliputi lokasi pelaksanaan Ibadah Qurban.

i. TaQY juga menyediakan penjualan haiwan ternakan (hidup) bagi pelaksanaan Ibadah Qurban, Ibadah Aqiqah dan kenduri.

ii. Penjualan ini adalah sepanjang tahun.

i. Penjualan daging yang melibatkan daging segar dan daging sejuk beku.

ii. Penjualan secara runcit dan borong.

iii. Kami juga menyediakan penjualan karkas (dipotong 4).

iv. Sebarang tempahan boleh dibuat dengan aplikasi kyte (https://kyte.site/ysmeat) atau melalui aplikasi Whatsapp (www.wasap.my/+60193322627/tempahandaginglembusegar)

BAGAIMANA NAK TURUT SERTA ?

Syarat Penyertaan

Tabung Ibadah Qurban YaPEIM terbuka kepada semua masyarakat.

Syarat-syarat penyertaan :-

  1. Anggota Koperasi Ibadah Korban YaPEIM Berhad; dan
  2. Menerima dan mematuhi Undang-undang Kecil Koperasi Ibadah Korban YaPEIM Berhad dan Aturan-aturan di bawahnya.

Kaedah Permohonan/Penyertaan

Untuk menyertai Tabung Ibadah Qurban YaPEIM , peserta boleh memohon pada bila-bila masa dengan:

  1. Mengisi Borang Permohonan Penyertaan Tabung Ibadah Qurban secara atas talian di Portal Tabung Ibadah Qurban YaPEIM

    atau

  2. Mengunjungi Cawangan Ar Rahnu YaPEIM berdekatan untuk pendaftaran penyertaan qurban dan caruman/bayaran Tabung Ibadah Qurban YaPEIM

MAKLUMAT LANJUT

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pejabat TaQY seperti berikut :

Tabung Ibadah Qurban YaPEIM
No. 11, 11A & 11B, Wisma KIQYB,
Jalan Manau, Off Jalan Kampung Attap,
50460 KUALA LUMPUR.

No Telefon : 03-22766393, 03-22765438, 03-22765630, 03-22766348

No. Faks : 03-2276 6627

Email : operasi@kiqyb.yapeim.my

Website : http://ibadahkorban.my

Facebook : Tabung Ibadah Qurban YaPEIM

Youtube : Tabung Ibadah Qurban YaPEIM

Instagram : taqy_yapeim

Initiative

en_USEnglish