Kami di YaPEIM amat mengalu-alukan sumbangan tidak kira sama ada dari individu Rakan Strategik Infaq (RSI) ataupun Rakan Strategik Korporat (RSK). Sumbangan tuan/puan akan dimasukkan ke Tabung Amanah YaPEIM bagi tujuan pelaksanaan aktiviti kebajikan dan amal jariah YaPEIM.
Rakan Strategik Infaq atau RSI merujuk kepada penyumbang yang melakukan sumbangan melalui pelbagai saluran yang disediakan YaPEIM, sama ada secara potongan gaji atau sumbangan “one-off” di portal online Inspirasi Qaseh YaPEIM
Rakan Strategik Korporat atau RSK merujuk kepada syarikat korporat yang melakukan sumbangan atau tajaan untuk aktiviti amal jariah yang dijalankan YaPEIM.
Permohonan baru atau penambahan sumbangan boleh dibuat dengan mengisi Borang Persetujuan Sadaqatul Jariah Skim Potongan Gaji YaPEIM.
Permohonan boleh dibuat melalui email spg@yapeim.my atau hubungi Divisyen Sumber Dana (Seksyen Dana Runcit) di talian 03-5614 9600
Tiada sebarang pemulangan semula sumbangan yang telah dibuat. Setiap sumbangan dianggap ikhlas dan akan digunakan untuk aktiviti amal jariah YaPEIM melibatkan golongan yang memerlukan di seluruh negara.
Boleh. Majikan hanya perlu menyediakan surat tuntutan lebihan caruman serta dokumen berkaitan dan emelkan ke ke spg@yapeim.my
Sumbangan ke Tabung Amanah YaPEIM akan disalurkan ke Program Pembangunan Sosioekonomi dan Amal Jariah YaPEIM seluruh negara melibatkan:
Nota: Ikuti perkembangan program YaPEIM melalui FB YaPEIM Official dan lain-lain akaun sosial media kami.
Sebarang maklumat lanjut, anda boleh menghubungi kami melalui:-
Terima kasih atas sokongan dan sumbangan anda untuk kami terus menyantuni golongan yang memerlukan.
YaPEIM Gold adalah kedai emas yang menjalankan perniagaan jual dan beli emas. Ar Rahnu YaPEIM menjalankan aktiviti Pajak Gadai Islam dan belian emas serta servis lain. Untuk maklumat berkenaan Ar Rahnu YaPEIM anda boleh layari www.arrahnuyapeim.net
YaPEIM Gold menjual emas fizikal iaitu barang kemas baru & terpakai (Premium preloved) serta bullion iaitu syiling & bar emas
Pembelian emas YaPEIM Gold boleh dibuat cawangan YaPEIM Gold dan juga melalui atas talian di laman web rasmi YaPEIM Gold.
Rujuk harga emas YaPEIM Gold di laman web rasmi YaPEIM Gold @ Facebook YaPEIM Gold
Melabur emas adalah menyimpan emas. Bagi penyimpanan emas secara fizikal, anda boleh membuat pembelian di mana-mana cawangan YaPEIM Gold Akses dan platform atas talian yang sah.
Bagi pelaburan akaun emas, anda boleh merujuk cawangan Ar Rahnu YaPEIM.
Produk Barangan Kemas : Mutu 916
Produk Bullion : Mutu 999
Pembelian boleh dibuat di laman web YaPEIM Gold dan Aplikasi DIYA.
Insurans pengeposan memberikan perlindungan terhadap pesanan pelanggan sepanjang ia berada di hub kurier sahaja.