Pelanggan Setia Ar Rahnu YaPEIM Menang Cabutan Kesetiaan

Petaling Jaya, 13 April 2021 : Seramai 192 pelanggan bertuah Ar Rahnu YaPEIM memenangi satu gram wafer emas setiap seorang dalam Majlis Cabutan Kesetiaan Ar Rahnu YaPEIM 2021 yang berlangsung di ibu pejabat yayasan, semalam.

Kesemua pemenang dipilih bagi kempen cabutan untuk tempoh Januari sehingga Mac 2021 bagi cabutan suku tahunan kali pertama.

Cabutan telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Hj Mohd Redza Shah Abdul Wahid dan Pengerusi Koperasi YaPEIM Berhad, Mohamad Fozi Bin Hj Tunggal dibuat secara langsung dan disiarkan terus di laman sosial Facebook Ar Rahnu YaPEIM – Kop.YaPEIM Bhd.

Pemenang bertuah akan dihubungi dalam masa terdekat oleh Pengurus Cawangan Ar Rahnu YaPEIM.

Kempen yang bermula pada 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021 ini menawarkan Hampir 1.5 Kilo Emas untuk di menangi.

Hadiah Utama berupa set barang kemas bernilai RM 50,000.00. Hadiah kedua 11 set barang kemas bernilai RM10,000.00 setiap satu dan hadiah suku tahunan 768 wafer emas dengan berat satu gram setiap satu.

Cabutan suku tahunan ini akan dibuat setiap tiga bulan sekali iaitu yang pertama pada bulan ini seterusnya pada Julai, Oktober dan yang terakhir pada Januari 2022.

Untuk maklumat lanjut tentang Kempen Cabutan Kesetiaan Ar Rahnu YaPEIM 2021 boleh ke laman sosial rasmi Ar Rahnu YaPEIM.