Kerjasama PDRM dan ATM Bagi Memastikan Rakyat Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

Bermula hari ini, 22 Mac 2020, Polis Diraja Malaysia akan dibantu oleh Angkatan Tentera Malaysia untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Sekadar pesanan:

1) Jarak perjalanan keluar memandu cuma 10km dari alamat tempat kediaman.

2) Tujuan hanya dibenar utk membeli barang keperluan/makanan.

3) Jika alamat di lesen atau I/C berlainan atau tidak sama dengan tempat kediaman, BAWA BIL ELEKTRIK ATAU AIR bersama sebagai bukti.

4) Jika hendak ke tempat kerja, pastikan surat dari majikan yang mengarahkan bekerja ada dibawa.

5) Cuma 1 kereta dan 1 pemandu sahaja dibenarkan.

6) Pakai Mask/Penutup muka

#yapeim#memacukejayaanbersama#mac2020#ingatkebajikaningatyapeim#StayAtHome#covid19#bersamaikutarahan