Inspirasi Qaseh Kami : YaPEIM Imarahkan Ramadhan Dengan Agihan Pek Makanan Dan Bubur Lambuk

Kuala Nerus, 14 April : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Squad Qaseh Negeri Terengganu telah melaksanakan Program Inspirasi Qaseh Ramadhan YaPEIM dengan mengagihkan sumbangan 300 pek nasi, bubur lambuk, kuih-muih dan kurma pada 1 Ramadhan di Daerah Kuala Nerus, semalam.

Agihan sumbangan ini diberikan kepada masyarakat sekitar yang terdiri daripada pelanggan Ar Rahnu YaPEIM Kuala Nerus, penduduk Kampung Padang Air dan Gong Badak serta jemaah Masjid Wakaf Tembesu, Gong Badak.

“Salah seorang penerima jemaah di Masjid Wakaf Tembesu, Gong Badak merupakan kakitangan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu adalah penyumbang potongan gaji Tabung Amanah YaPEIM setelah sekian lama.

“Alhamdulillah dan terima kasih kepada YaPEIM dapat melaksanakan program agihan ini bagi mengimarahkan keberkatan Ramadhan pada tahun ini,” katanya.

Terima Kasih kepada semua Penyumbang Tabung Amanah YaPEIM ketana sumbangan anda membantu mereka yang memerlukan.